YESAYA 43
43
Allah Berjanji Menyelamatkan Umat-Nya
1Hai Israel, demikianlah firman TUHAN
yang telah menciptakan kamu,
“Janganlah takut! Aku akan menyelamatkan kamu.
Aku telah memanggil kamu dengan nama kamu,
kamu milik-Ku.
2Apabila kamu menyeberangi laut yang dalam, Aku akan menyertai kamu;
kamu tidak akan tenggelam dalam kesusahan.
Apabila kamu melalui api, kamu tidak akan terbakar;
kamu tidak akan dicelakakan oleh cubaan yang berat.
3Akulah TUHAN, Allah kamu,
Allah Israel, Allah yang suci, yang telah menyelamatkan kamu.
Aku akan menyerahkan Mesir untuk menebus kamu;
Aku akan menyerahkan Etiopia dan Seba untuk membebaskan kamu.
4Aku akan menyerahkan bangsa-bangsa sebagai ganti nyawa kamu,
kerana kamu berharga bagi-Ku,
dan kerana Aku mengasihi serta mengendahkan kamu.
5Janganlah takut, kerana Aku menyertai kamu.
Dari timur dan barat
Aku akan membawa anak cucu kamu pulang.
6Aku akan menyuruh negeri di utara melepaskan mereka,
dan negeri di selatan membebaskan mereka.
Biarlah umat-Ku pulang dari negeri-negeri jauh,
dari segala pelosok dunia.
7Merekalah umat-Ku,
Aku telah menciptakan mereka untuk memuliakan Aku.”
Israel Sebagai Saksi TUHAN
8Allah berfirman, “Perintahlah umat-Ku datang menghadap.
Mereka mempunyai mata, tetapi buta;
mereka mempunyai telinga, tetapi pekak!
9Perintahlah semua bangsa dan suku berhimpun.
Siapakah antara mereka dapat meramalkan masa depan,
dan memberitahukan apa yang berlaku sekarang?
Biarlah mereka menghadapkan saksi-saksi
untuk membuktikan bahawa mereka tidak bersalah,
dan bahawa kata-kata mereka benar.
10Hai umat Israel, kamulah saksi-Ku;
Aku memilih kamu menjadi hamba-Ku
supaya kamu mengenal Aku serta percaya kepada-Ku,
dan mengerti bahawa Aku satu-satunya Allah.
Selain Aku, tidak ada tuhan-tuhan lain;
baik pada masa dahulu, mahupun pada masa akan datang.
11Hanya Akulah TUHAN,
Aku sahaja yang dapat menyelamatkan kamu.
12Aku bernubuat tentang hal-hal yang akan berlaku,
lalu Aku datang menolong kamu.
Tiada dewa asing yang pernah berbuat hal seperti itu;
kamulah saksi-Ku.
13Akulah Allah, dan Aku tetap Allah selama-lamanya.
Tiada seorang pun dapat melepaskan diri daripada kuasa-Ku;
tiada sesiapa pun dapat menghalang Aku bertindak.”
Israel Dibebaskan dari Babel
14Allah Israel, Allah yang suci, TUHAN yang menyelamatkan kamu berfirman,
“Aku akan mengirim tentera untuk menyelamatkan kamu dari Babel;
Aku akan merobohkan pintu-pintu gerbang,
lalu sorak-sorai penduduk Babel akan berubah menjadi tangisan.
15Akulah TUHAN, Allah kamu, Allah yang suci.
Akulah pencipta kamu, hai Israel, Akulah raja kamu.”
16Dahulu TUHAN membuat jalan melalui laut,
jalan melalui air yang bergelora.
17Dia membinasakan pasukan tentera yang besar:
pasukan berkereta kuda dan pasukan berkuda.
Mereka jatuh, tidak dapat bangkit lagi;
mereka mati seperti sumbu yang padam.
18Tetapi TUHAN berfirman,
“Jangan ingat akan peristiwa lalu,
jangan kenang perkara yang sudah-sudah.
19Perhatikanlah perkara baru yang akan segera Kulakukan.
Lihatlah, Aku sudah pun memulakannya.
Aku akan membina jalan di padang gurun,
dan memberi kamu anak-anak sungai di padang pasir.
20Bahkan haiwan liar akan menghormati Aku,
serigala dan burung unta akan memuji Aku
apabila Aku mengalirkan anak-anak sungai di padang gurun,
untuk memberikan minuman kepada umat pilihan-Ku.
21Merekalah umat yang telah Kujadikan milik-Ku sendiri,
mereka akan menyanyikan pujian untuk Aku.”
Dosa Israel
22TUHAN berfirman,
“Namun hai Israel, kamu telah bosan dengan Aku,
kamu tidak lagi menyembah Aku.
23Kamu tidak membawa domba sebagai korban untuk menyenangkan hati-Ku;
kamu tidak menghormati Aku dengan korban yang kamu persembahkan.
Padahal Aku tidak membebani kamu dengan meminta persembahan
atau menyusahkan kamu dengan menuntut kemenyan.
24Kamu tidak membeli dupa harum bagi-Ku,
ataupun memuaskan Aku dengan lemak binatang yang kamu persembahkan.
Sebaliknya kamu membebani Aku dengan dosa kamu;
kamu menyusahkan Aku dengan kesalahan kamu.
25Namun Aku ini Allah yang mengampunkan dosa kamu,
dan Aku berbuat demikian kerana begitulah sifat-Ku.
Aku tidak akan mengingat dosa kamu.
26Marilah kita pergi ke mahkamah; ajukanlah tuduhan-tuduhan kamu!
Adukan perkara kamu dan buktikan bahawa kamu tidak bersalah!
27Nenek moyang kamu yang pertama telah berdosa;
para pemimpin kamu pun berdosa terhadap Aku,
28dan para imam kamu menajiskan tempat kediaman-Ku.
Itulah sebabnya Aku membinasakan Israel,
Aku membiarkan umat-Ku dihinakan.”
Terpilih Sekarang Ini:
YESAYA 43: BM
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.

: