YESAYA 57
57
Israel Dikutuk Kerana Menyembah Berhala
1Apabila orang baik meninggal, tiada sesiapa pun mengerti atau mempedulikannya. Tetapi apabila mereka meninggal, mereka terlepas daripada malapetaka. 2Mereka mendapat kedamaian dan rehat di dalam kubur.
3Marilah, hai orang berdosa. Biarlah kamu diadili! Kamu sejahat tukang sihir, orang yang suka berzina, dan pelacur. 4Siapakah yang hendak kamu permainkan? Hai pendusta, siapakah yang kamu tertawakan? 5Kamu menyembah dewa-dewa kesuburan dengan melakukan hubungan jenis di bawah pokok-pokok keramat. Kamu mempersembahkan anak-anak kamu sebagai korban di celah-celah bukit batu, di lembah sungai. 6Kamu mengambil batu-batu yang licin dari sungai, lalu menyembahnya sebagai berhala. Kamu mempersembahkan wain dan bijirin kepada berhala-berhala itu. Adakah kamu menyangka bahawa Aku berkenan dengan semua itu? 7Kamu pergi ke puncak gunung yang tinggi-tinggi untuk mempersembahkan korban dan memuaskan nafsu berahi. 8Kamu memasang berhala-berhala yang cabul di belakang pintu dan tiang pintu kamu. Kamu telah meninggalkan Aku. Kamu bertelanjang lalu naik ke katil yang besar bersama-sama kekasih kamu: orang yang kamu upah supaya berseketiduran dengan kamu. Dengan cara itu kamu memuaskan nafsu. 9Kamu memakai minyak dan wangi-wangian lalu menyembah Dewa Molokh. Kamu mengirim utusan ke negeri-negeri jauh, bahkan ke dunia orang mati. 10Kamu penat mencari berhala lain, namun kamu tidak mahu berhenti. Kamu menyangka berhala-berhala kamu yang cabul dapat menguatkan kamu sehingga kamu tidak menjadi lemah.
11TUHAN berfirman, “Siapakah dewa-dewa yang menakut-nakutkan kamu sehingga kamu berdusta terhadap-Ku dan melupakan Aku sama sekali? Adakah kamu tidak lagi menghormati Aku kerana Aku terlalu lama berdiam diri? 12Kamu menyangka bahawa perbuatan kamu benar, tetapi Aku akan mendedahkan kelakuan buruk itu, dan berhala-berhala kamu tidak akan dapat menolong kamu. 13Apabila kamu berseru minta tolong, biarlah berhala-berhala kamu menyelamatkan kamu! Berhala-berhala itu akan hilang diterbangkan oleh satu hembusan angin! Tetapi orang yang percaya kepada-Ku akan mewarisi negeri ini. Mereka akan menyembah Aku di dalam Rumah-Ku.”
Allah Berjanji untuk Menolong dan Menyembuhkan Umat-Nya
14TUHAN berfirman, “Biarlah umat-Ku kembali kepada-Ku. Binalah dan siapkanlah jalan! Singkirkanlah tiap-tiap halangan di jalan mereka!
15Akulah Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Suci, yang hidup selama-lamanya. Aku tinggal di tempat yang tinggi dan suci, tetapi Aku tinggal juga bersama-sama orang yang rendah hati dan yang bertaubat daripada dosa, supaya Aku dapat memulihkan keyakinan dan harapan mereka. 16Akulah yang memberikan hidup kepada umat-Ku. Aku tidak menuduh mereka terus-menerus, dan Aku tidak sentiasa murka terhadap mereka. 17Aku murka terhadap mereka kerana dosa dan ketamakan mereka. Itulah sebabnya Aku menghukum dan meninggalkan mereka. Tetapi mereka degil dan tetap mengikut jalan sendiri.
18Aku sudah melihat kelakuan mereka, namun Aku akan menyembuhkan mereka. Aku akan memimpin dan menolong mereka. Aku akan menghiburkan hati orang yang berkabung. 19 Aku memberikan kedamaian kepada semua orang, baik yang dekat mahupun yang jauh! Aku akan menyembuhkan umat-Ku. 20Tetapi orang jahat seperti laut yang berombak dan tidak pernah tenang; arusnya membawa sampah dan lumpur. 21 Orang berdosa tidak akan selamat.”
Terpilih Sekarang Ini:
YESAYA 57: BM
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.

: