YESAYA 60
60
Kemuliaan Yerusalem Pada Masa Hadapan
1Bangkitlah, dan bersinarlah, hai Yerusalem,
kerana cahaya penyelamatanmu sudah datang;
TUHAN menyinari engkau dengan kemuliaan-Nya.
2Bangsa-bangsa lain akan diliputi kegelapan,
tetapi cahaya TUHAN akan bersinar atasmu;
cahaya hadirat-Nya akan menerangimu.
3Bangsa-bangsa lain datang kepada cahayamu,
dan raja-raja tertarik kepada cahaya yang terbit bagimu.
4Lihatlah hal yang sedang berlaku di sekelilingmu.
Rakyatmu berkumpul untuk pulang kepadamu.
Anak lelakimu pulang dari negeri jauh,
dan anak perempuanmu didukung.
5Engkau akan melihat hal itu lalu wajahmu berseri-seri,
engkau akan terharu dan berbesar hati.
Harta bangsa-bangsa akan dibawa kepadamu;
kekayaan dari seberang laut akan mengalir kepadamu.
6Kafilah-kafilah akan datang dari Midian dan Efa.
Mereka datang dari Syeba dengan membawa emas dan kemenyan.
Mereka memberitakan hal baik yang telah dilakukan TUHAN!
7Kawanan domba dari Kedar dan domba jantan dari Nebayot
akan dibawa kepadamu sebagai korban,
dan dipersembahkan di atas mazbah untuk menyenangkan hati TUHAN.
TUHAN akan menjadikan Rumah-Nya lebih mulia lagi.
8Apakah yang melayang seperti awan,
seperti burung merpati yang sedang terbang pulang?
9Itulah kapal-kapal yang membawa pulang
umat Allah dari negeri-negeri yang jauh.
Perak dan emas dibawa oleh mereka
untuk memuliakan nama TUHAN, Allah kamu,
Allah Israel, Allah yang suci
yang menyebabkan bangsa-bangsa menghormati umat-Nya.
10TUHAN berfirman kepada Yerusalem,
“Orang bangsa asing akan membina semula tembokmu,
dan raja-raja mereka akan melayani engkau.
Kerana kemurkaan-Ku, Aku telah menghukum engkau,
tetapi sekarang Aku berkenan untuk mengasihani engkau.
11 Siang malam pintu-pintu gerbangmu akan terbuka,
supaya raja-raja bangsa asing yang telah ditawan
dapat membawa kekayaan kepadamu.
12Tetapi bangsa-bangsa yang tidak mengabdi kepadamu
akan dimusnahkan sama sekali.
13Kayu sipres, kayu juniper, dan kayu pain,
kayu yang terbaik dari hutan Lebanon,
akan dibawa untuk membinamu, hai Yerusalem,
untuk memperindah Rumah-Ku dan memuliakan kota-Ku.
14 Anak-anak penindasmu akan datang bersujud untuk menghormati engkau.
Semua orang yang pernah menghina engkau akan bersujud pada kaki-Mu.
Mereka akan menyebut engkau ‘Kota TUHAN’,
‘Sion, Kota Allah Israel, Allah yang suci’.
15Engkau tidak akan ditinggalkan dan tidak dibenci lagi,
dan tidak dibiarkan sebagai kota yang terlantar dan sunyi.
Aku akan menjadikan engkau agung dan indah,
tempat kegembiraan selama-lamanya.
16Bangsa-bangsa dan raja-raja akan memelihara engkau,
seperti seorang ibu memelihara anaknya.
Engkau akan tahu bahawa Aku, TUHAN, Penyelamatmu,
dan bahawa Allah Israel, Allah Yang Maha Kuasa, Penebusmu.
17Aku akan membawakan engkau emas sebagai ganti gangsa,
perak sebagai ganti besi,
gangsa sebagai ganti kayu,
dan besi sebagai ganti batu.
Penguasa-penguasamu tidak akan menindas engkau lagi;
Aku akan menyebabkan mereka memerintah dengan adil dan aman.
18Keganasan tidak akan terdengar lagi;
negerimu tidak akan mengalami kemusnahan lagi.
Seperti tembok, Aku akan melindungi dan membela engkau;
engkau akan memuji Aku kerana Aku Penyelamatmu.
19 Matahari tidak lagi menjadi penerangmu pada siang hari,
bulan tidak lagi menjadi penerangmu pada malam hari;
Aku, TUHAN, akan menjadi penerang abadi bagimu;
Aku akan menyinari engkau dengan kemuliaan-Ku.
20Masa kedukaanmu akan berakhir.
Aku, TUHAN, akan menjadi penerang abadi bagimu,
lebih kekal daripada matahari dan bulan.
21Pendudukmu akan melakukan hal yang benar,
dan akan memiliki negeri ini selama-lamanya.
Mereka seperti tumbuhan yang Aku tanam, hasil ciptaan-Ku,
untuk menyatakan kebesaran-Ku.
22Bahkan keluargamu yang terkecil dan terhina
akan menjadi bangsa yang kuat.
Pada masa yang tepat kelak,
Aku, TUHAN, akan melakukannya dengan segera.”
Terpilih Sekarang Ini:
YESAYA 60: BM
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.

: