Orang Gilead merebut tempat-tempat penyeberangan Sungai Yordan, supaya suku Efraim tidak dapat menyeberanginya. Apabila seorang Efraim cuba melarikan diri dengan menyeberangi sungai itu, orang Gilead bertanya kepadanya, “Adakah engkau orang Efraim?” Jika dia menjawab, “Bukan,” mereka menyuruh dia mengucapkan kata, “Syibolet.” Tetapi orang itu akan berkata, “Sibolet” kerana dia tidak dapat mengucapkannya dengan tepat. Kemudian mereka akan menangkap dan membunuh dia di tempat penyeberangan sungai itu. Ketika itu, sebanyak 42,000 orang Efraim terbunuh.
Baca HAKIM-HAKIM 12
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: HAKIM-HAKIM 12:5-6
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video