YEREMIA 45
45
Janji Allah kepada Barukh
1 #
2 Raj 24.1; 2 Taw 36.5-7; Dan 1.1-2 Pada tahun keempat pemerintahan Raja Yoyakim putera Raja Yosia sebagai raja Yehuda, Barukh menuliskan apa yang telah aku imlakkan itu. Kemudian aku memberitahu dia 2bahawa demikianlah firman TUHAN, Allah Israel, “Hai Barukh, 3engkau berkata, ‘Aku putus asa. TUHAN telah menambah kesedihan kepada kesusahanku. Aku sudah penat mengeluh. Aku tidak mendapat ketenangan.’
4Tetapi sekarang Aku, TUHAN, sedang merobohkan apa yang telah Aku bina; Aku sedang mencabut apa yang telah Aku tanam. Aku akan melakukan perkara itu kepada seluruh bumi ini. 5Adakah engkau ingin diistimewakan? Jangan, kerana Aku mendatangkan bencana kepada semua umat manusia. Tetapi bagi engkau, setidak-tidaknya, ke mana sahaja engkau pergi, engkau akan selamat dan tetap hidup. Aku, TUHAN, telah berfirman.”
Terpilih Sekarang Ini:
YEREMIA 45: BM
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.