Tetapi di manakah hikmat dapat dicari? Di manakah kita dapat belajar agar mengerti? Hikmat tidak didapati di kalangan manusia; tiada sesiapa yang tahu akan nilai yang sebenarnya. Lautan dan samudera mengatakan hikmat tidak terdapat di sana. Hikmat tidak dapat ditukar dengan emas murni, dan dengan perak pun tidak dapat dibeli. Emas dan permata yang paling berharga tidak dapat mengimbangi nilainya. Nilainya lebih daripada emas, dan daripada jambangan kencana ataupun kristal. Hikmat lebih tinggi nilainya daripada batu karang, hablur, atau mutiara. Batu topaz dan emas tulen tidak dapat dibandingkan dengan nilai hikmat. Di manakah sumber hikmat? Di manakah kita dapat pengertian? Tiada makhluk hidup yang pernah melihatnya, bahkan burung di udara pun tidak pernah nampaknya. Maut dan kemusnahan pun berkata bahawa yang didengar khabar angin sahaja. Allah sahaja yang mengetahui jalan ke sana, ke tempat hikmat berada, kerana Dia melihat sampai ke hujung bumi, melihat segala yang berada di bawah langit. Apabila Dia memberi angin kekuatan, dan keluasan laut ditentukan-Nya; apabila Allah menentukan tempat hujan turun, dan jalan yang dilalui kilat guruh; pada masa itulah hikmat dilihat-Nya dan nilai hikmat diuji-Nya, lalu diberikan restu-Nya. Allah berfirman kepada manusia, “Untuk mendapat hikmat, kamu mesti takut dan hormat kepada Tuhan. Untuk mendapat pengertian, kamu mesti meninggalkan kejahatan.”
Baca AYUB 28
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: AYUB 28:12-28
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video