IMAMAT 22
22
Kesucian Korban
1TUHAN memerintah Musa 2untuk menyampaikan perintah ini kepada Harun dan anak-anaknya, “Perlakukanlah dengan hormat korban-korban yang dipersembahkan oleh umat Israel khas untuk Aku, supaya kamu tidak menghina nama-Ku yang suci. Akulah TUHAN. 3Sesiapa sahaja daripada keturunan kamu, yang dalam keadaan najis, mendekati korban-korban yang dipersembahkan oleh umat Israel khas untuk Aku, dia tidak boleh bertugas di mazbah lagi. Peraturan ini berlaku selama-lamanya. Akulah TUHAN.
4Sesiapa sahaja daripada keturunan Harun yang menghidap penyakit kulit yang mengerikan, atau yang menghidap penyakit kelamin sehingga mengeluarkan lelehan, dia tidak boleh makan apa pun daripada korban yang dikhaskan itu, sebelum dia diumumkan tahir. Seseorang imam menjadi najis jika dia menyentuh sesuatu yang menjadi najis kerana terkena mayat, atau imam itu mengeluarkan mani, 5atau dia menyentuh binatang yang najis atau orang yang najis. 6Imam yang menjadi najis dengan cara apa pun, tetap najis sehingga matahari terbenam. Dia tidak boleh makan korban yang dikhaskan itu sebelum dia mandi. 7Selepas matahari terbenam barulah dia tahir, dan dia boleh makan korban yang dikhaskan kerana itulah makanannya. 8Dia tidak boleh makan daging binatang jenis apa pun yang mati biasa, atau yang diterkam binatang buas. Perbuatan itu akan menajiskan dia. Akulah TUHAN.
9Semua imam harus patuh kepada peraturan-peraturan yang telah Aku berikan itu. Jika tidak, mereka bersalah dan akan mati kerana melanggar peraturan-peraturan yang suci itu. Akulah TUHAN dan Aku menyucikan mereka.
10Cuma orang daripada keluarga imam yang boleh makan daripada korban yang dikhaskan. Orang lain tidak boleh memakannya, walaupun orang itu tinggal bersama-sama imam, ataupun orang itu orang gaji imam. 11Tetapi abdi yang dibeli dengan wang imam sendiri, atau yang lahir di dalam rumah imam, boleh makan makanan yang diterima oleh imam. 12Anak perempuan imam yang berkahwin dengan seorang yang bukan imam, tidak boleh makan korban yang dikhaskan. 13Tetapi anak perempuan imam yang telah menjadi balu, atau yang diceraikan dan tidak mempunyai anak, lalu kembali tinggal dengan bapanya dan menjadi tanggungan bapanya, boleh makan makanan yang diterima oleh bapanya sebagai imam. Cuma anggota keluarga imam boleh makan korban itu.
14Jika seorang yang bukan anggota keluarga imam, dengan tidak sengaja makan korban yang dikhaskan, dia mesti memberikan ganti yang sama banyaknya kepada imam, ditambah pula dengan dua puluh peratus. 15Imam tidak boleh menajiskan korban yang dikhaskan, 16dengan memberikannya kepada orang yang tidak layak memakannya. Hal ini akan mendatangkan kesalahan dan hukuman kepada orang yang memakannya. Akulah TUHAN dan Aku sudah menyucikan korban itu.”
17TUHAN memerintah Musa 18supaya memberikan peraturan berikut kepada Harun dan anak-anaknya, serta segenap umat Israel. Apabila seorang Israel ataupun seorang bangsa asing yang tinggal di negeri Israel mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati TUHAN, sama ada bagi menunaikan nazar atau pun sebagai korban yang dipersembahkan dengan sukarela, binatang itu tidak boleh ada kecacatan. 19Binatang itu harus binatang jantan yang tidak ada kecacatan, supaya dapat diterima. 20#Ul 17.1 Jika kamu mempersembahkan binatang yang ada kecacatan, TUHAN tidak akan menerimanya. 21Apabila seseorang mempersembahkan korban untuk memohon berkat TUHAN, sama ada bagi menunaikan nazar atau pun sebagai korban yang dipersembahkan dengan sukarela, binatang itu tidak boleh ada kecacatan, supaya dapat diterima. 22Jangan persembahkan binatang seperti ini kepada TUHAN: binatang yang buta, yang patah tulang, yang luka, yang lukanya bernanah, yang berbisul, ataupun yang berkurap. Jangan persembahkan binatang seperti ini sebagai persembahan makanan di atas mazbah. 23Kamu boleh mempersembahkan binatang yang tidak sempurna bentuknya sebagai korban yang dipersembahkan dengan sukarela, tetapi korban ini tidak akan diterima sebagai korban untuk menunaikan nazar. 24Jangan persembahkan binatang seperti ini kepada TUHAN: binatang yang buah pelirnya terjepit, atau dikerat, atau luka, ataupun dibuang. Perbuatan ini tidak dibenarkan di negeri kamu.
25Jangan persembahkan binatang apa pun sebagai persembahan makanan, jika binatang itu diperoleh daripada orang asing. Binatang itu dianggap cacat dan tidak dapat diterima.
26-27Seekor anak lembu, atau anak domba, atau anak kambing yang baru lahir, tidak boleh dipisahkan daripada induknya selama tujuh hari. Selepas itu barulah binatang itu boleh dipersembahkan sebagai persembahan makanan. 28Induk lembu dan anaknya, atau induk domba dan anaknya, ataupun induk kambing dan anaknya, tidak boleh dipersembahkan sebagai korban pada hari yang sama. 29Apabila kamu mempersembahkan korban kesyukuran kepada TUHAN, ikutilah peraturannya supaya korban kamu itu diterima. 30Makanlah semua korban itu pada hari itu juga, dan jangan tinggalkan apa-apa sehingga esok pagi.
31TUHAN berfirman, “Taatilah perintah-perintah-Ku; Akulah TUHAN. 32Jangan hina nama-Ku yang suci. Segenap umat Israel mesti menyembah Aku sebagai Yang Maha Suci. Akulah TUHAN dan Aku menyucikan kamu. 33Aku membawa kamu keluar dari Mesir supaya Aku dapat menjadi Allah kamu. Akulah TUHAN.”
Terpilih Sekarang Ini:
IMAMAT 22: BM
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.

: