IMAMAT 5
5
Hal-Hal yang Memerlukan Korban untuk Mengampunkan Dosa
1Korban untuk mengampunkan dosa perlu dipersembahkan bagi hal-hal yang berikut:
Jika seseorang dengan rasminya diminta memberikan kesaksian di mahkamah, tetapi dia tidak memberikan keterangan tentang apa yang sudah dilihat atau didengarnya, maka dia harus menanggung akibatnya.
2Jika seseorang dengan tidak sengaja menyentuh sesuatu yang najis, misalnya bangkai binatang, dia menjadi najis dan bersalah sebaik sahaja dia sedar akan perbuatannya itu.
3Jika seseorang dengan tidak sengaja menyentuh apa sahaja yang najis daripada manusia, dia bersalah sebaik sahaja dia sedar akan perbuatannya itu.
4Jika seseorang bersumpah dengan sembarangan untuk melakukan apa sahaja, dia bersalah sebaik sahaja dia sedar akan perbuatannya itu.
5Apabila seseorang bersalah, dia harus mengakui dosanya. 6Sebagai hukuman dosanya itu, orang itu mesti mempersembahkan seekor domba betina atau seekor kambing betina kepada TUHAN. Imam harus mempersembahkan korban untuk mengampunkan dosa orang itu.
7Jika orang yang bersalah itu tidak mampu memberikan seekor domba atau seekor kambing untuk menebus dosanya, dia harus mempersembahkan dua ekor burung tekukur atau dua ekor burung merpati kepada TUHAN: seekor bagi korban untuk mengampunkan dosa, dan seekor lagi bagi korban untuk menyenangkan hati TUHAN. 8Dia harus memberikan burung-burung itu kepada imam. Mula-mula imam itu harus mempersembahkan burung yang ditentukan bagi korban untuk mengampunkan dosa. Imam itu harus mematahkan leher burung itu, tetapi jangan sampai kepala burung itu terputus. 9Kemudian sebahagian darah burung itu harus dipercikkan pada sisi mazbah. Darah selebihnya harus dituang di bahagian bawah mazbah. Korban ini adalah korban untuk mengampunkan dosa. 10Kemudian imam itu harus mempersembahkan burung yang seekor lagi sebagai korban untuk menyenangkan hati TUHAN, menurut peraturan. Dengan demikian imam mempersembahkan korban untuk mengampunkan dosa orang itu, supaya orang itu akan diampuni oleh TUHAN.
11Jika orang yang bersalah itu tidak mampu memberikan dua ekor burung tekukur atau dua ekor burung merpati, dia harus mempersembahkan satu kilogram tepung sebagai korban untuk mengampunkan dosa. Tepung itu tidak boleh dicampuri minyak zaitun ataupun kemenyan kerana korban itu adalah korban untuk mengampunkan dosa dan bukan korban untuk mengucap syukur. 12Orang itu harus membawa tepung itu kepada imam. Kemudian imam itu mengambil segenggam tepung itu lalu membakarnya di atas mazbah sebagai persembahan makanan; inilah tandanya bahawa keseluruhan tepung itu sudah dipersembahkan kepada TUHAN. Persembahan itu adalah korban untuk mengampunkan dosa. 13Dengan demikian imam itu mempersembahkan korban untuk mengampunkan dosa orang itu, lalu orang itu akan diampuni oleh TUHAN. Tepung yang selebihnya itu adalah bagi imam, seperti dengan korban untuk mengucap syukur kepada TUHAN.
Korban untuk Membayar Ganti Rugi
14TUHAN memberikan peraturan ini kepada Musa. 15Jika seseorang dengan tidak sengaja berdosa kerana gagal memberikan persembahan yang diwajibkan untuk TUHAN, orang itu harus membawa korban untuk membayar ganti rugi, kepada TUHAN. Korban itu mestilah seekor domba jantan atau seekor kambing jantan yang tidak ada kecacatan. Harganya harus dinilai menurut harga yang ditetapkan di Khemah TUHAN. 16Orang itu harus membayar apa yang dahulu dilalaikannya, ditambah pula dengan dua puluh peratus. Dia harus menyerahkan binatang itu kepada imam. Kemudian imam mempersembahkan binatang itu sebagai korban untuk mengampunkan dosa orang itu, lalu orang itu akan diampuni oleh TUHAN.
17Jika sesiapa dengan tidak sengaja berdosa kerana melanggar salah satu perintah TUHAN, orang itu bersalah dan dia harus menanggung akibatnya. 18Sebagai korban untuk membayar ganti rugi, dia harus membawa seekor domba jantan atau seekor kambing jantan yang tidak ada kecacatan kepada imam. Harganya harus dinilai menurut harga yang ditetapkan di Khemah TUHAN. Imam itu harus mempersembahkan korban untuk mengampunkan dosa orang itu, yang dilakukan orang itu dengan tidak sengaja, lalu orang itu akan diampuni oleh TUHAN. 19Inilah korban untuk membayar ganti rugi bagi dosa yang dilakukannya terhadap TUHAN.
Terpilih Sekarang Ini:
IMAMAT 5: BM
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.

: