IMAMAT 8

8
Pentahbisan Harun dan Anak-anaknya
(Kel 29.1-37)
1TUHAN berfirman kepada Musa, 2“Bawalah Harun dan anak-anaknya ke pintu Khemah-Ku, dan bawalah juga pakaian imam, minyak upacara, lembu jantan muda bagi korban untuk mengampunkan dosa, dua ekor domba jantan, dan sebakul roti yang tidak beragi. 3Kumpulkanlah semua orang Israel di depan pintu Khemah-Ku.”
4Musa melakukan apa yang diperintahkan oleh TUHAN. Setelah segenap umat itu berkumpul, 5Musa berkata kepada mereka, “Apa yang aku lakukan sekarang ini adalah perintah TUHAN.”
6Kemudian Musa membawa Harun dan anak-anaknya ke hadapan, lalu melakukan upacara pembasuhan diri bagi mereka. 7Setelah itu Musa mengenakan pakaian imam pada Harun: baju labuh, jubah, dan ikat pinggang. Dia juga mengenakan efod#efod: Sehelai pakaian seperti baju dalam yang tidak berlengan, dibuat daripada kain beraneka warna yang sangat mahal. Pada baju ini diikatkan sebuah kantung berisi Urim dan Tumim, dua benda yang digunakan oleh imam untuk mengetahui kehendak Allah. pada Harun. Musa mengikat efod itu pada pinggang Harun dengan ikat pinggang yang ditenun halus. 8Musa juga mengenakan penutup dada pada Harun lalu memasukkan Urim dan Tumim#Urim dan Tumim: Dua benda yang digunakan oleh imam untuk mengetahui kehendak Allah. Tidak diketahui dengan pasti bagaimana cara menggunakannya. ke dalam penutup dada itu. 9Musa mengikatkan serban pada kepala Harun, dan pada bahagian depan serban itu Musa menyematkan perhiasan emas sebagai tanda pentahbisan, sebagaimana yang diperintahkan oleh TUHAN.
10Kemudian Musa mengambil minyak upacara lalu melumurkannya pada Khemah TUHAN dan segala yang ada di dalamnya. Dengan cara ini dia mentahbiskan Khemah itu untuk TUHAN. 11Dia mengambil sebahagian daripada minyak itu lalu memercikkannya tujuh kali di atas mazbah dan peralatannya, dan juga pada besen serta alasnya, untuk mentahbiskan semuanya bagi TUHAN. 12Musa mentahbiskan Harun dengan menuangkan minyak upacara pada kepala Harun. 13Kemudian Musa membawa anak-anak Harun ke hadapan. Musa mengenakan baju labuh dan ikat pinggang pada mereka, lalu mengenakan ikat kepala pada mereka, sebagaimana yang diperintahkan oleh TUHAN.
14Setelah itu Musa membawa seekor lembu jantan muda bagi korban untuk mengampunkan dosa, lalu Harun serta anak-anaknya meletakkan tangan mereka di atas kepala lembu itu. 15Kemudian Musa menyembelih lembu itu dan mengambil sedikit darahnya. Lalu dengan jari, Musa menyapukan darah itu pada unjuran di sudut-sudut mazbah untuk mentahbiskannya. Dia menuangkan darah selebihnya di bahagian bawah mazbah. Dengan cara ini Musa menyucikan mazbah itu dan mentahbiskannya bagi TUHAN. 16Musa mengambil semua lemak yang ada pada isi perut lembu itu, bahagian terbaik daripada hati lembu, dan buah pinggang serta lemaknya, lalu membakar semuanya di atas mazbah. 17Dia mengambil sisa lembu itu bersama-sama kulit, daging, dan ususnya, lalu membakar semuanya di luar perkhemahan, sebagaimana yang diperintahkan oleh TUHAN.
18Setelah itu Musa membawa seekor domba jantan bagi korban untuk menyenangkan hati TUHAN, lalu Harun serta anak-anaknya meletakkan tangan mereka di atas kepala domba jantan itu. 19Musa menyembelih domba jantan itu lalu menyiramkan darahnya pada keempat-empat sisi mazbah. 20-21Dia memotong domba jantan itu, mencuci isi perut dan paha domba itu dengan air. Kemudian dia membakar kepala, lemak, dan sisa domba jantan itu di atas mazbah, sebagaimana yang diperintahkan oleh TUHAN. Korban untuk menyenangkan hati TUHAN ini adalah persembahan makanan, dan baunya menyenangkan hati TUHAN.
22Setelah itu Musa membawa domba jantan yang seekor lagi untuk pentahbisan imam, lalu Harun dan anak-anaknya meletakkan tangan mereka di atas kepala domba jantan itu. 23Musa menyembelih domba jantan itu. Kemudian dia mengambil sedikit darah domba itu dan menyapukannya pada cuping kanan telinga Harun, dan pada ibu jari tangan kanannya, dan juga pada ibu jari kaki kanannya. 24Kemudian Musa membawa anak-anak Harun ke hadapan. Lalu Musa menyapukan sedikit darah domba itu pada cuping kanan telinga mereka, pada ibu jari tangan kanan mereka, dan juga pada ibu jari kaki kanan mereka. Kemudian Musa menyiramkan darah yang selebihnya pada keempat-empat sisi mazbah. 25Musa mengambil lemak domba itu, dan juga ekornya yang berlemak, lemak yang membungkus isi perutnya, bahagian terbaik daripada hatinya, buah pinggang serta lemaknya, dan paha kanan domba itu. 26Selepas itu, Musa mengambil seketul roti dari sebakul roti yang tidak beragi, yang sudah ditahbiskan untuk TUHAN, dan juga seketul roti tebal yang dibuat dengan minyak, serta sekeping roti nipis, lalu meletakkan semuanya di atas lemak dan paha kanan domba jantan itu. 27Dia meletakkan semua makanan itu di tangan Harun dan anak-anaknya, lalu mereka mempersembahkan semuanya sebagai persembahan istimewa bagi TUHAN. 28Kemudian Musa mengambil makanan itu daripada mereka dan membakarnya di atas mazbah, di atas korban untuk menyenangkan hati TUHAN, sebagai korban yang dipersembahkan semasa pentahbisan. Korban ini adalah persembahan makanan, dan baunya menyenangkan hati TUHAN. 29Selepas itu Musa mengambil dada domba itu dan mempersembahkannya sebagai persembahan istimewa bagi TUHAN. Itulah bahagian bagi Musa daripada domba jantan yang dipersembahkan untuk pentahbisan imam. Musa melakukan segala-galanya sebagaimana yang diperintahkan oleh TUHAN.
30Musa mengambil sedikit minyak upacara dan juga sedikit darah yang di atas mazbah, lalu merenjiskannya pada Harun dan anak-anaknya serta pakaian mereka. Dengan cara ini Musa mentahbiskan mereka serta pakaian mereka bagi TUHAN.
31Musa berkata kepada Harun dan anak-anaknya, “Bawalah daging korban ini ke pintu Khemah TUHAN dan rebuslah daging itu di situ. Kamu harus memakannya di sana dengan roti yang dipersembahkan semasa pentahbisan, iaitu roti yang ada di dalam bakul, sebagaimana yang diperintahkan oleh TUHAN. 32Bakarlah semua sisa daging dan roti. 33Janganlah kamu keluar dari pintu Khemah itu selama tujuh hari, sehingga upacara pentahbisan kamu selesai. 34TUHAN memberikan perintah supaya apa yang kita lakukan hari ini, juga dilakukan seterusnya; dengan upacara ini dosa kamu diampunkan. 35Kamu mesti berada di pintu Khemah TUHAN siang dan malam selama tujuh hari, untuk melakukan apa yang sudah diperintahkan TUHAN. Jika tidak, kamu akan mati. Hal inilah yang diperintahkan TUHAN kepadaku.” 36Demikianlah Harun dan anak-anaknya melakukan segala yang diperintahkan TUHAN melalui Musa.

Terpilih Sekarang Ini:

IMAMAT 8: BM

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk