Logo Apl Bible
Ikon Carian

LUKAS 8:1-3

LUKAS 8:1-3 BM

Tidak berapa lama kemudian, Yesus menjelajah kota dan pekan untuk mengkhabarkan Berita Baik bahawa Allah mula memerintah. Dua belas orang pengikut-Nya menyertai Dia, dan juga beberapa orang wanita yang sudah disembuhkan daripada kerasukan roh jahat dan penyakit. Antara mereka termasuk Maria yang disebut Magdalena (tujuh roh jahat sudah diusir daripada dirinya); Yohana, isteri Khuza, pegawai istana Herodes; Susana dan banyak lagi wanita lain. Mereka menggunakan harta mereka untuk membantu Yesus dan pengikut-pengikut-Nya.