AMSAL 26
26
1Sebagaimana salji tidak sepatutnya turun pada musim panas atau hujan pada musim menuai, demikian juga pujian tidak sepatutnya diberikan kepada orang bodoh.
2Seperti burung terbang dan melayang-layang di udara, begitu juga kutukan tidak boleh kena pada orang yang tidak bersalah.
3Kuda harus dicambuk, keldai harus dikekang, dan orang bodoh harus dipukul.
4Orang yang menjawab pertanyaan yang bukan-bukan, menjadi sebodoh orang yang bertanya.
5Pertanyaan yang bodoh harus diberikan jawapan yang bodoh juga, supaya si penanya sedar bahawa dia tidak sepandai yang disangkanya.
6Mengutus orang bodoh untuk menyampaikan pesan sama dengan mematahkan kaki sendiri dan mencari kecelakaan.
7Seperti orang lumpuh tidak dapat menggunakan kaki, demikian juga orang bodoh tidak dapat menggunakan peribahasa.
8Memuji orang yang bodoh sia-sia sahaja, seperti batu yang diikat pada lastik.
9Orang bodoh yang cuba mengutip peribahasa bagaikan orang mabuk yang cuba mengeluarkan duri dari tangannya.
10Sesiapa yang mengupah orang bodoh akan menyusahkan semua orang.
11 Orang bodoh yang mengulangi kebodohan mereka bagaikan anjing yang menjilat semula muntahnya.
12Sebodoh-bodohnya orang, tidaklah sebodoh orang yang menyangka dirinya bijak, padahal tidak.
13Orang malas tidak suka keluar dari rumah. Dia berkata bahawa dia akan diterkam oleh singa jika dia keluar.
14Seperti pintu yang berayun pada engselnya, demikianlah orang malas membalik-balikkan badan di atas tempat tidur.
15Ada orang yang begitu malas sehingga tidak mahu makan sendiri.
16Si pemalas menganggap dirinya lebih pandai daripada tujuh orang yang dapat menjawab dengan tepat.
17Melibatkan diri dalam pertengkaran orang lain bagaikan menangkap anjing pada telinganya.
18-19Orang yang menipu orang lain, lalu berkata bahawa dia hanya bergurau bagaikan orang gila yang bermain dengan senjata yang berbahaya.
20Tanpa kayu, api padam; tanpa umpatan, pertengkaran pun berhenti.
21Seperti arang dan kayu membuat api tetap menyala, begitu juga orang yang suka bergaduh menyebabkan pertengkaran.
22Umpatan sangat enak rasanya; orang suka menelannya.
23Bagaikan periuk tanah yang disepuh perak, begitulah orang yang bermulut manis tetapi berhati jahat.
24Si pembenci manis kata-katanya, tetapi hatinya penuh tipu daya. 25Meskipun dia ramah, jangan percaya kepadanya, kerana hatinya penuh dengan kebencian. 26Dia mungkin dapat menyembunyikan kebenciannya, tetapi perbuatannya yang jahat itu akan nyata.
27Orang yang memasang perangkap bagi orang lain akan terjerat oleh perangkapnya sendiri. Orang yang menggulingkan batu akan ditimpa oleh batu itu juga.
28Membohongi orang sama dengan membencinya. Mulut manis yang tidak tulus mendatangkan kemusnahan.
Terpilih Sekarang Ini:
AMSAL 26: BM
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.

: