Mengapakah Engkau begitu jauh, ya TUHAN, dan bersembunyi pada masa kami dalam kesusahan? Dengan sombong orang jahat menindas orang miskin; biarlah mereka dijerat oleh perangkap mereka sendiri. Orang jahat membangga-banggakan niat jahat mereka; orang tamak mengutuki dan menolak TUHAN. Orang jahat tidak mempedulikan TUHAN; kerana mereka sombong, mereka berfikir Allah tidak ada. Orang jahat berjaya dalam segala perbuatan mereka. Mereka tidak dapat memahami pengadilan Allah; mereka mentertawakan musuh-musuh mereka. Mereka berkata dalam hati, “Kami tidak akan gagal; kami tidak akan ditimpa kesusahan.” Percakapan mereka penuh dengan sumpahan, dusta, dan ancaman; mereka cepat menista dan menjahati orang. Mereka bersembunyi di kampung-kampung, dan menunggu untuk membunuh orang yang tidak bersalah. Mereka mengintip mangsa yang tidak berdaya; mereka menunggu di tempat persembunyian seperti singa. Mereka menantikan orang yang tidak berupaya, lalu menangkap dan menyeret mereka dari situ. Mangsa yang tidak berdaya remuk tergelimpang, ditewaskan oleh keganasan. Orang jahat berfikir, “Allah tidak peduli! Allah telah memejamkan mata-Nya dan tidak melihat kami!” Ya TUHAN, hukumlah orang yang jahat! Jangan lupakan orang yang sengsara! Mengapakah orang jahat menghina Allah, dan berfikir mereka tidak akan dihukum Allah? Tetapi Engkau nampak; Engkau perhatikan kesusahan dan penderitaan orang, dan sentiasa sedia untuk menolong mereka. Orang yang tidak berdaya menyerahkan dirinya kepada-Mu, kerana Engkau selalu menolong orang yang susah. Patahkanlah kekuasaan orang yang jahat dan durjana; hukumlah mereka kerana kekejaman mereka sehingga mereka berhenti melakukannya.
Baca MAZMUR 10
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: MAZMUR 10:1-15
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video