MAZMUR 101

101
Janji Seorang Raja kepada Allah
1Mazmur Daud.
Aku menyanyi tentang kesetiaan dan keadilan,
aku menyanyikan lagu ini untuk-Mu, ya TUHAN.
2Aku akan menjaga kelakuanku supaya tidak bercela.
Bilakah Engkau akan datang kepadaku?
Aku akan hidup suci di rumahku;
3aku tidak akan membiarkan kejahatan berlaku.
Aku benci akan tindakan orang yang murtad;
aku tidak mahu berhubungan dengan mereka.
4Aku tidak akan berlaku curang;
aku tidak akan terlibat dalam kejahatan.
5Orang yang memfitnah dengan diam-diam
akan aku binasakan;
orang yang sombong dan angkuh
tidak akan kubiarkan begitu.
6Aku berkenan akan orang yang setia kepada Allah;
mereka akan kubenarkan tinggal di dalam istanaku;
orang yang benar-benar jujur
akan aku benarkan melayani aku.
7Pendusta tidak akan tinggal di dalam istanaku;
orang munafik tidak akan berada di hadapanku.
8Tiap-tiap hari aku akan membinasakan
orang jahat di negeri kita;
aku akan mengusir semua orang jahat
dari kota TUHAN.

Terpilih Sekarang Ini:

MAZMUR 101: BM

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk