MAZMUR 105
105
Allah dan Umat-Nya
(1 Taw 16.8-22)
1Bersyukurlah kepada TUHAN, isytiharkanlah keagungan-Nya;
ceritakanlah perbuatan-Nya kepada bangsa-bangsa.
2Nyanyikanlah pujian kepada TUHAN;
ceritakanlah segala perbuatan-Nya yang menakjubkan.
3Bersukacitalah kerana kita milik-Nya;
semua orang yang menyembah TUHAN hendaklah bersukacita.
4Mintalah pertolongan TUHAN,
sembahlah Dia sentiasa.
5-6Hai keturunan Abraham, hamba-Nya,
dan keturunan Yakub, orang pilihan-Nya,
ingatlah mukjizat yang dilakukan Allah,
jangan lupakan keputusan yang diberikan-Nya.
7TUHAN ialah Allah kita;
perintah-Nya berlaku di seluruh dunia.
8Dia memegang perjanjian-Nya selama-lamanya,
janji-Nya berlaku untuk beribu-ribu keturunan,
9 #
Kej 12.7, 17.8, 26.3 perjanjian yang dibuat-Nya dengan Abraham,
dan janji-Nya dengan Ishak,
10lalu dikekalkan dengan Yakub,
menjadi perjanjian abadi bagi umat Israel.
11 #
Kej 28.13
Dia berfirman, “Aku akan memberi kamu negeri Kanaan,
untuk menjadi milik pusaka kamu.”
12Dahulu umat Allah kecil bilangannya,
mereka hidup sebagai orang asing di negeri Kanaan.
13Mereka mengembara dari negeri ke negeri,
dari sebuah kerajaan ke sebuah kerajaan.
14Tetapi Allah tidak membiarkan sesiapa pun menindas mereka;
kerana mereka, Dia memberikan amaran kepada raja-raja.
15 #
Kej 20.3-7
Dia berfirman, “Jangan ganggu hamba-hamba pilihan-Ku;
jangan cederakan nabi-nabi-Ku!”
16 #
Kej 41.53-57
TUHAN mendatangkan kebuluran di negeri mereka,
dan mengambil segala makanan mereka.
17 #
Kej 37.28, 45.5 Tetapi Dia mengutus Yusuf untuk mendahului mereka;
Yusuf telah dijual sebagai hamba.
18Kakinya diikat dengan rantai
dan lehernya diikat dengan rantai besi,
19 #
Kej 39.20—40.23
sehingga terjadi apa yang diramalkannya.
Firman TUHAN membuktikan bahawa Yusuf benar.
20 #
Kej 41.14
Lalu raja Mesir membebaskan dia;
penguasa bangsa-bangsa melepaskan dia.
21 #
Kej 41.39-41
Raja melantik Yusuf sebagai ketua kerajaannya,
dan menjadikan dia penguasa seluruh negeri,
22untuk memberikan arahan kepada pegawai-pegawai raja,
dan untuk memimpin para penasihat raja.
23 #
Kej 46.6, 47.11 Selepas itu Yakub pergi ke Mesir,
dan menetap di negeri itu.
24TUHAN menjadikan umat-Nya bertambah banyak,
sehingga mereka menjadi lebih kuat daripada musuh.
25 #
Kel 1.7-14
TUHAN menyebabkan bangsa Mesir benci akan umat-Nya,
bangsa Mesir menipu dan memperdayakan hamba-hamba-Nya.
26 #
Kel 3.1—4.17
Lalu Dia mengutus Musa, hamba-Nya,
dan Harun, orang yang dipilih-Nya.
27Mereka melakukan keajaiban daripada Allah,
dan melakukan mukjizat di Mesir.
28 #
Kel 10.21-23
Allah menjadikan seluruh negeri itu gelap,
tetapi bangsa Mesir tidak mentaati#Beberapa buah terjemahan kuno: tidak mentaati; Menurut naskhah Ibrani: mentaati. perintah-Nya.
29 #
Kel 7.17-21
Dia mengubah air sungai menjadi darah,
dan membunuh semua ikan yang ada di dalamnya.
30 #
Kel 8.1-6
Katak memenuhi negeri mereka,
bahkan memasuki istana raja.
31 #
Kel 8.16-17,20-24 Demi firman Allah, lalat dan agas
memenuhi seluruh negeri itu.
32Dia mencurahkan hujan batu dan kilat
sebagai ganti hujan biasa.
33 #
Kel 9.22-25
Dia memusnahkan ladang anggur dan pokok ara mereka,
serta menumbangkan segala pokok di sana.
34Demi firman-Nya, belalang datang,
berjuta-juta tidak terbilang;
35 #
Kel 10.12-15
yang makan segala tumbuhan di negeri mereka;
dan makan habis segala tanaman di sana.
36 #
Kel 12.29
Lalu dibunuh-Nya semua anak lelaki sulung,
anak lelaki sulung semua keluarga Mesir.
37Selepas itu Dia memimpin umat Israel keluar;
mereka membawa perak dan emas,
mereka semua sihat dan kuat.
38 #
Kel 12.33-36
Bangsa Mesir takut akan umat Israel,
oleh itu mereka gembira ketika orang Israel pergi.
39 #
Kel 13.21-22
Allah membentangkan awan untuk menaungi umat-Nya,
dan memberikan api sebagai penerang pada waktu malam.
40 #
Kel 16.2-15
Mereka#Beberapa buah terjemahan kuno: Mereka; Menurut naskhah Ibrani: Dia. meminta makanan, lalu Dia menghantar burung puyuh,
mereka dikenyangkan dengan roti dari langit.
41 #
Kel 17.1-7; Bil 20.2-13 Dia membelah bukit batu, lalu air memancar keluar,
dan mengalir seperti sungai di gurun.
42Dia ingat akan janji-Nya yang suci
kepada Abraham, hamba-Nya.
43Demikianlah Dia memimpin umat pilihan-Nya keluar;
mereka menyanyi dengan gembira dan bersorak-sorai.
44 #
Yos 11.16-23
Dia memberikan negeri bangsa asing kepada mereka,
dan ladang-ladang mereka dijadikan milik umat-Nya,
45supaya umat-Nya taat kepada hukum-Nya,
dan melakukan segala perintah-Nya.
Pujilah TUHAN!
Terpilih Sekarang Ini:
MAZMUR 105: BM
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.

:
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.