MAZMUR 130
130
Doa Minta Tolong
1Lagu ziarah.
Dari jurang kesusahan,
aku berseru kepada-Mu, ya TUHAN.
2Ya TUHAN, dengarlah rintihanku,
dengarlah seruanku minta tolong.
3Jika Engkau terus mengingat dosa-dosa kami,
siapakah yang dapat terlepas daripada hukuman?
4Tetapi Engkau mengampuni kami,
supaya kami hormat dan taat kepada-Mu.
5Aku menanti-nantikan pertolongan TUHAN,
dan berharap kepada firman-Nya.
6Aku menantikan Tuhan,
lebih daripada penjaga malam menantikan subuh,
lebih daripada penjaga malam menantikan fajar.
7Hai Israel, berharaplah kepada TUHAN,
kerana Dia tetap mengasihi
dan sentiasa bersedia menyelamatkan kamu.
8 #
Mat 1.21; Tit 2.14 Dia akan menyelamatkan umat-Nya Israel
daripada segala dosa mereka.
Terpilih Sekarang Ini:
MAZMUR 130: BM
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.