MAZMUR 142
142
Doa Minta Tolong
1 #
1 Sam 22.1, 24.3 Sajak Daud, ketika dia berada di dalam gua.
2Aku berseru kepada TUHAN,
aku merayu kepada-Nya meminta bantuan.
3Aku mengemukakan segala aduanku kepada-Nya;
aku memberitahukan segala kesusahanku kepada-Nya.
4Apabila aku putus asa,
Dia tahu apa yang harus aku lakukan.
Di jalan yang harus aku tempuh,
musuhku telah memasang perangkap untukku.
5Aku melihat ke sampingku,
tiada sesiapa pun yang dapat menolong aku;
tiada seorang pun yang melindungi aku.
Tiada seorang pun yang mempedulikan aku.
6Ya TUHAN, aku berseru minta tolong kepada-Mu,
Engkaulah pelindungku,
Engkau sahaja yang aku perlukan dalam hidup ini.
7Dengarlah seruanku minta tolong,
kerana aku tidak berdaya.
Selamatkanlah aku daripada musuhku;
mereka terlalu kuat bagiku.
8Lepaskanlah aku daripada kesusahan,#daripada kesusahan; atau dari penjara.
maka dalam perhimpunan umat-Mu, aku akan memuji-Mu,
kerana Engkau telah berbuat baik kepadaku.
Terpilih Sekarang Ini:
MAZMUR 142: BM
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.