MAZMUR 17

17
Doa Orang yang Tidak Bersalah
1Doa Daud.
Dengarlah rayuanku, ya TUHAN,
permintaanku untuk keadilan.
Perhatikanlah tangisanku,
dengarkanlah doaku yang tulus.
2Engkau akan membela aku,
kerana Engkau tahu apa yang benar.
3Engkau mengenal hatiku.
Apabila Engkau datang kepadaku pada waktu malam,
dan memeriksa aku dengan teliti,
tidak akan Kaudapati niat yang jahat pada diriku.
4Aku tidak mengatakan yang jahat, seperti orang lain;
aku mentaati perintah-Mu dan tidak melakukan keganasan.
5Aku selalu hidup menurut petunjuk-Mu
dan tidak pernah menyeleweng.
6Aku berdoa kepada-Mu, ya Allah, kerana Engkau menjawab aku;
oleh itu berpalinglah kepadaku dan dengarkanlah kata-kataku.
7Tunjukkanlah kasih-Mu yang mengagumkan,
dan selamatkanlah orang yang berlindung kepada-Mu;
di sisi-Mu, aku selamat daripada segala musuh.
8Lindungilah aku, seperti biji mata-Mu sendiri;
sembunyikanlah aku di bawah naungan sayap-Mu,
9lindungilah aku daripada orang jahat yang menyerang aku.
Musuh yang mengancam nyawaku mengelilingi aku;
10mereka bercakap sombong dan tidak berbelas kasihan.
11Mereka mengejar dan mengepung aku,
mencari peluang untuk menjatuhkan aku.
12Mereka bagaikan singa yang menunggu hendak menyiat aku,
seperti anak singa yang bersembunyi menantikan aku.
13Bangkitlah, ya TUHAN, lawanlah dan kalahkanlah musuhku!
Selamatkanlah aku
daripada orang jahat
dengan pedang-Mu.
14Selamatkanlah aku
daripada orang
yang menimbun harta di dunia.
Hukumlah mereka dengan penderitaan
yang telah Engkau sediakan untuk mereka;
biarlah anak cucu mereka dihukum juga.
15Aku akan melihat Engkau kerana aku tidak bersalah;
dan apabila aku terjaga, hadirat-Mu membuat hatiku gembira.

Terpilih Sekarang Ini:

MAZMUR 17: BM

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami