Engkau menjaga aku supaya aku tidak ditawan, dan aku tidak pernah jatuh. Aku mengejar musuhku dan menangkap mereka; aku tidak berhenti sehingga aku mengalahkan mereka. Aku memukul mereka sehingga mereka tidak dapat bangun; mereka rebah kerana kalah di hadapanku. Engkau memberi aku tenaga untuk bertempur, dan kemenangan atas musuhku. Engkau menyebabkan musuhku lari daripadaku; aku membinasakan orang yang membenci aku. Mereka berteriak minta tolong, tetapi tiada sesiapa pun menyelamatkan mereka; mereka berseru kepada TUHAN, tetapi Dia tidak menjawab. Aku menghancurkan mereka sehingga mereka menjadi seperti debu yang ditiup angin; aku memijak-mijak mereka seperti lumpur di jalan. Engkau menyelamatkan aku daripada umat yang memberontak, dan menjadikan aku pemerintah bangsa-bangsa; bangsa yang tidak aku kenal menjadi rakyatku. Bangsa asing meromok ketakutan di hadapanku, dan taat apabila mendengar perintahku. Mereka hilang keberanian; mereka gementar dan keluar dari kubu pertahanan. TUHAN hidup! Pujilah pembelaku! Isytiharkanlah keagungan Allah penyelamatku! Dia memberi aku kemenangan atas musuhku; Dia menaklukkan bangsa-bangsa di hadapanku dan menyelamatkan aku daripada lawanku. Ya TUHAN, Engkau memberi aku kemenangan atas musuhku dan melindungi aku daripada orang ganas. Oleh itu aku memuji Engkau di kalangan bangsa-bangsa; aku menyanyikan pujian untuk-Mu.
Baca MAZMUR 18
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: MAZMUR 18:37-50
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video