MAZMUR 81
81
Lagu Perayaan
1Untuk pemimpin koir. Menurut lagu: Gitit. Mazmur Asaf.
2Bersoraklah dengan gembira kepada Allah, pembela kita;
nyanyikanlah pujian kepada Allah Yakub.
3Mulakanlah muzik dan mainkanlah tamburin;
mainkanlah lagu yang merdu dengan kecapi dan gambus.
4 #
Bil 10.10
Tiuplah trompet untuk perayaan kita
pada waktu bulan baru dan bulan purnama.
5Inilah satu hukum untuk Israel,
satu perintah daripada Allah Yakub.
6Dia memberikan hukum ini kepada umat Israel,
ketika Dia menyerang negeri Mesir.
Aku mendengar suara yang tidak aku kenal, berkata,
7“Aku telah mengangkat beban dari bahu kamu;
dan membebaskan kamu daripada kerja paksa.
8 #
Kel 17.7; Bil 20.13 Ketika kamu dalam kesusahan, kamu berseru kepada-Ku,
dan Aku pun menyelamatkan kamu.
Dari tempat persembunyian-Ku di dalam awan petir,
Aku mengabulkan permintaan kamu;
di mata air Meriba Aku menguji kamu.
9Hai umat-Ku dengarlah amaran-Ku;
Hai Israel, Aku sangat ingin kamu mendengar firman-Ku!
10 #
Kel 20.2-3; Ul 5.6-7 Jangan sembah tuhan lain.
11Akulah TUHAN, Allah kamu,
yang membawa kamu keluar dari Mesir.
Bukalah mulut dan Aku akan memberi kamu makan.
12Tetapi umat-Ku tidak mahu mendengar firman-Ku;
Israel tidak mahu taat kepada-Ku.
13Oleh itu Aku membiarkan mereka mengikut kedegilan mereka,
dan berbuat sesuka hati mereka.
14Sekiranya umat-Ku mendengar firman-Ku,
sekiranya mereka taat kepada-Ku,
15Aku akan mengalahkan musuh mereka dengan segera,
dan menaklukkan semua lawan mereka.
16Orang yang membenci Aku meromok ketakutan di hadapan-Ku;
mereka akan dihukum selama-lamanya.
17Tetapi kamu akan Kuberi makan gandum pilihan,
dan Kukenyangkan dengan madu hutan.”
Terpilih Sekarang Ini:
MAZMUR 81: BM
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.

: