Allah ingat akan mereka yang menderita; Dia tidak melupakan tangisan mereka, Dia menghukum orang yang berlaku kejam terhadap mereka. Kasihanilah aku, ya TUHAN! Lihatlah, musuhku menyengsarakan aku. Selamatkanlah aku daripada maut, ya TUHAN, supaya aku dapat memuji Engkau di hadapan penduduk Yerusalem. Aku akan bersorak gembira kerana Engkau menyelamatkan aku. Bangsa-bangsa yang tidak mengenal Engkau jatuh ke dalam lubang yang digali mereka sendiri; mereka memasang perangkap, tetapi mereka sendiri terperangkap. TUHAN menyatakan diri-Nya dengan keputusan yang adil; orang jahat terperangkap oleh perbuatan mereka sendiri. Maut ialah kesudahan semua orang jahat, semua orang yang menolak Allah. Orang miskin tidak selamanya dilupakan; orang papa tidak selamanya kehilangan harapan. Bangkitlah, ya TUHAN, hakimilah bangsa-bangsa, jangan biarkan manusia terlepas daripada hukuman.
Baca MAZMUR 9
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: MAZMUR 9:13-20
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video