MAZMUR 99
99
Allah, Raja yang Agung
1 #
Kel 25.22
TUHAN itu raja,
orang gementar kerana Dia;
Dia bertakhta di atas kerub,#kerub: Lihat 18.10.
dan bumi pun bergoncang.
2TUHAN sangat berkuasa di Sion;
Dia penguasa tertinggi atas semua bangsa.
3Setiap orang akan memuji
nama-Nya yang agung dan mulia.
Sucilah Dia!
4Hai Raja yang perkasa,#Dapat bermakna: Hai Raja yang perkasa; Naskhah Ibrani: Keperkasaan Raja.
Engkau mencintai hukum;
Engkau telah menegakkan keadilan di Israel,
Engkau telah melaksanakan hukum dan keadilan.
5Pujilah TUHAN, Allah kita;
sujudlah di hadapan takhta-Nya!
Sucilah Dia!
6Musa dan Harun termasuk imam-imam-Nya,
dan Samuel salah seorang yang berdoa kepada Dia;
mereka berseru kepada TUHAN dan Dia menjawab mereka.
7 #
Kel 33.9
Dari tiang awan, Dia berfirman kepada mereka;
mereka patuh kepada hukum dan perintah yang diberikan-Nya.
8Ya TUHAN, Allah kami,
Engkau mengabulkan permintaan umat-Mu;
Engkau menunjukkan bahawa Engkau Allah yang suka mengampuni orang,
walaupun Engkau menghukum mereka kerana dosa mereka.
9Pujilah TUHAN, Allah kita
dan sembahlah Dia di atas bukit-Nya yang suci!#bukit…suci: Lihat 2.6.
TUHAN, Allah kita suci.
Terpilih Sekarang Ini:
MAZMUR 99: BM
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.