1 KORINTUS 12:8-10
1 KORINTUS 12:8-10 Alkitab Berita Baik (BM)
Ada orang yang dapat menyampaikan perkhabaran yang penuh dengan kebijaksanaan. Ada orang lain yang dapat menyampaikan pengetahuan tentang Allah. Tetapi kebolehan-kebolehan itu diberikan oleh Roh yang sama. Kepada yang lain, Roh yang sama mengurniakan kepercayaan yang luar biasa kepada Kristus, sedangkan kepada yang lain pula Roh Allah mengurniakan kuasa untuk menyembuhkan orang sakit. Kepada yang lain, Roh Allah mengurniakan kuasa untuk melakukan mukjizat, dan kepada yang lain pula, Roh itu memberikan kurnia untuk menyampaikan perkhabaran daripada Allah. Kepada yang lain pula, Roh Allah mengurniakan kebolehan untuk membeza-bezakan kurnia yang daripada Roh Allah dan yang bukan daripada Roh Allah. Ada pula yang dapat bertutur dalam pelbagai bahasa yang ajaib, dan ada juga yang dapat menerangkan erti bahasa-bahasa itu.
1 KORINTUS 12:8-10 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna pada sa’orang dikurniakan ulih Roh pŭrkataan hikmat, dan pada yang lain pŭrkataan pŭngŭtahuan, ulih Roh itu juga. Dan pada sa’orang iman, ulih Roh itu juga; dan pada yang lain bŭbrapa kwasa mŭnyŭmbohkan, ulih Roh itu juga: Dan pada sa’orang bŭbrapa pŭkŭrjaan ajaib, dan pada yang lain nabuat; dan pada sa’orang pŭrtunjokkan rahsia roh; dan pada yang lain bŭrjŭnis jŭnis bahsa; pada sa’orang mŭntŭrjŭmahkan bahsa bahsa
1 KORINTUS 12:8-10 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ada yang diberi kurnia oleh Roh Kudus untuk berbicara dengan penuh hikmah, dan ada pula yang dikurniai Roh Kudus untuk berbicara tentang pengetahuan. Ada juga yang dikurniai dengan keteguhan iman, ada yang diberi kurnia kebolehan untuk menyembuhkan orang sakit daripada Roh yang sama. Kepada yang lain diberi kurnia untuk mengerjakan mukjizat, ada yang diberi kebolehan bernubuat dan menyampaikan perkhabaran daripada Allah. Juga ada mereka yang dikurniai kebolehan untuk membezakan roh-roh. Ada juga mereka yang diberi kurnia untuk bertutur dalam pelbagai lidah, dan ada pula yang diberi kurnia untuk mentafsirkan lidah-lidah itu.