1 KORINTUS 2:10-12
1 KORINTUS 2:10-12 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi melalui Roh-Nya, Allah menyatakan rancangan-Nya kepada kita. Roh Allah menyelidiki segala sesuatu, bahkan rancangan Allah yang paling tersembunyi sekalipun. Sebagaimana roh seseorang mengetahui isi hati orang itu, begitu juga hanya Roh Allah mengetahui segala sesuatu tentang Allah. Kita tidak menerima roh dunia ini, tetapi kita menerima Roh Allah, supaya kita mengetahui semua yang telah dikurniakan Allah kepada kita.
1 KORINTUS 2:10-12 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Tŭtapi pŭrkara itu tŭlah dinyatakan Allah kapada kami dŭngan Rohnya: kŭrna Roh itu ada sŭlidekkan akan sagala sŭsuatu, bahkan, sagala pŭrkara Allah yang dalam dalam pun. Kŭrna siapakah bulih mŭngatahui sagala hal manusia, mŭlainkan arwah manusia yang didalamnya juga? dŭmkian lagi tiada bulih dikŭtahui ulih barang manusia akan sagala hal Allah, mŭlainkan Roh Allah juga. Maka skarang pun tiada kita mŭnŭrima arwah isi dunia ini, mŭlainkan roh yang deripada Allah; supaya kita bulih mŭngatahui sagala pŭrkara yang dikurniakan Allah kapada kita dŭngan kamurahannya.
1 KORINTUS 2:10-12 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Akan tetapi kepada kita, Allah menyatakannya melalui Roh-Nya, kerana Roh itu yang menyoroti segala-galanya, termasuk rahsia Allah yang paling dalam. Siapakah antara kita yang mengetahui apa yang terdapat dalam diri seseorang selain roh orang itu sendiri yang berada dalam dirinya? Begitulah juga tidak ada seorang pun yang mengetahui apa yang terdapat dalam diri Allah selain Roh Allah. Kita tidak menerima roh dunia ini. Kita menerima Roh daripada Allah agar mengetahui segala kurnia Allah kepada kita.