1 KORINTUS 4:5
1 KORINTUS 4:5 Alkitab Berita Baik (BM)
Oleh itu, janganlah kamu buat keputusan bahawa seseorang bersalah atau tidak, sebelum waktunya. Tunggulah sehingga Tuhan datang kelak; Dia akan mendedahkan segala rahsia yang tersembunyi dalam kegelapan. Dia juga akan membongkar segala niat yang terpendam di dalam hati manusia. Barulah setiap orang akan mendapat pujian yang layak diterimanya daripada Allah.
1 KORINTUS 4:5 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka sŭbab itu janganlah dikirakan barang suatu dahulu deripada waktunya, sampie datang Tuhan, yang akan mŭnŭrangkan sagala pŭrkara yang tŭrsŭmbunyi dalam glap, sŭrta mŭnyatakan fikiran hati itu: maka pada masa itulah kŭlak dipuji ulih Allah akan tiap tiap orang adanya.
1 KORINTUS 4:5 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Oleh itu, janganlah menghakimi seseorang sama ada dia bersalah atau tidak sebelum sampai waktunya. Tunggulah hingga Tuhan datang kembali dan mendedahkan segala rahsia yang diselubungi kegelapan, segala niat yang terpendam dalam hati manusia. Ketika itulah setiap orang akan mendapat penilaian yang sewajarnya daripada Allah.