1 KORINTUS 8:1-2
1 KORINTUS 8:1-2 Alkitab Berita Baik (BM)
Sekarang aku membincangkan hal makanan yang dipersembahkan kepada berhala. Memang benar seperti kata orang, “Kita semua mempunyai pengetahuan.” Tetapi pengetahuan menjadikan orang sombong, sedangkan kasih membina kehidupan orang. Sesiapa yang menyangka dirinya mengetahui segala-galanya, sebenarnya tidak mengetahui apa yang seharusnya diketahui.
1 KORINTUS 8:1-2 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
ADAPUN skarang deri hal barang pŭrkara yang dipŭrsŭmbahkan kapada bŭrhala bŭrhala itu, bahwa kita tŭlah mŭngatahui kami skalian ada mŭmpunyai pŭngatahuan, bahwa pŭngatahuan itu mŭngangkatkan diri, tŭtapi pŭngasihan itu mŭngdatangkan fiedah. Maka jikalau kiranya barang sa’orang mŭnyangka iya mŭngatahui barang pŭrkara, maka satu pun iya bŭlom tahu spŭrti patut iya tahu.
1 KORINTUS 8:1-2 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sekarang tentang soal makanan yang telah dipersembahkan kepada berhala: Kita tahu bahawa kita semua mempunyai ilmu pengetahuan. Tetapi ilmu pengetahuan boleh membuat orang angkuh manakala kasih membina hidup. Seseorang yang menyangka dirinya serba tahu, sebenarnya tidak mengetahui apa yang patut diketahui.