1 YOHANES 2:15-16
1 YOHANES 2:15-16 Alkitab Berita Baik (BM)
Janganlah kasihi dunia ini, atau segala sesuatu di dunia ini. Jika kamu mengasihi dunia ini, kamu tidak mengasihi Allah Bapa. Segala sesuatu di dunia ini, iaitu yang diingini oleh keinginan hati orang berdosa, dan yang dilihat lalu dikehendaki, serta yang dibangga-banggakan, semuanya tidak berasal daripada Bapa, tetapi dari dunia.
1 YOHANES 2:15-16 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Janganlah kasihi akan dunia ini, atau akan pŭrkara isinya; maka jikalau barang siapa yang mŭngasihi dunia, kasih Ayah itu tiadalah dalamnya. Kŭrna sagala yang ada dalam dunia ini, spŭrti kainginan hawa nafsu, dan kainginan mata, dan chongkak deri pada kahidopan, iya itu bukannya deripada Ayah, mŭlainkan deripada dunia adanya.
1 YOHANES 2:15-16 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Jangan kasihi dunia ini atau sesuatu di dalamnya. Jika seseorang mengasihi dunia ini, maka kasih terhadap Bapa tidak ada dalam dirinya. Segala yang ada di dunia ini — keinginan nafsu dan mata, serta segala keangkuhan hidup — bukanlah daripada Bapa tetapi daripada dunia.