1 YOHANES 2:27
1 YOHANES 2:27 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi bagi kamu, Kristus telah mencurahkan Roh-Nya kepada kamu. Selama Roh-Nya ada pada kamu, kamu tidak memerlukan sesiapa pun untuk mengajar kamu. Hal ini demikian kerana Roh-Nya mengajar kamu tentang segala sesuatu, dan apa yang diajarkan-Nya itu benar, bukan palsu. Oleh itu, taatlah kepada ajaran Roh-Nya, dan tetaplah hidup bersatu dengan Kristus.
1 YOHANES 2:27 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Akan tŭtapi lantek yang tŭlah kamu trimah deripada Isa itu tinggallah juga dalammu, maka ta’usahlah orang lain mŭngajar akan dikau: tŭtapi spŭrti lantek itu juga mŭngajar akan dikau deri hal sagala pŭrkara, iya itupun bŭnar, dŭngan tiada bohong, maka sungguh pun iya mŭngajar akan dikau, kamu kŭlak akan tinggal dalamnya.
1 YOHANES 2:27 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Tetapi bagi kamu, pengurapan yang kamu terima daripada-Nya itu tetap ada dalam dirimu. Kamu tidak memerlukan ajaran daripada sesiapa pun, kerana Roh-Nya telah mengajar segalanya kepadamu, dan segalanya benar, tidak ada yang dusta. Oleh itu, tetaplah kamu di dalam Dia.