1 YOHANES 2:27-29
1 YOHANES 2:27-29 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi bagi kamu, Kristus telah mencurahkan Roh-Nya kepada kamu. Selama Roh-Nya ada pada kamu, kamu tidak memerlukan sesiapa pun untuk mengajar kamu. Hal ini demikian kerana Roh-Nya mengajar kamu tentang segala sesuatu, dan apa yang diajarkan-Nya itu benar, bukan palsu. Oleh itu, taatlah kepada ajaran Roh-Nya, dan tetaplah hidup bersatu dengan Kristus. Oleh itu, anak-anakku, tetaplah hidup bersatu dengan Kristus, supaya pada waktu Dia datang, kita dapat menghadap Dia dengan penuh keberanian. Kita tidak perlu bersembunyi kerana malu. Kamu tahu bahawa Kristus melakukan kehendak Allah. Oleh itu kamu harus tahu bahawa setiap orang yang melakukan kehendak Allah ialah anak Allah.
1 YOHANES 2:27-29 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Akan tŭtapi lantek yang tŭlah kamu trimah deripada Isa itu tinggallah juga dalammu, maka ta’usahlah orang lain mŭngajar akan dikau: tŭtapi spŭrti lantek itu juga mŭngajar akan dikau deri hal sagala pŭrkara, iya itupun bŭnar, dŭngan tiada bohong, maka sungguh pun iya mŭngajar akan dikau, kamu kŭlak akan tinggal dalamnya. Maka skarang pun, anak kŭchil kŭchil, tinggallah kamu dalamnya itu; maka apabila iya kŭlak nyata, bulihlah kami mŭndapat brani, dan tiadalah mŭnjadi malu dihadapannya pada masa kadatangannya. Maka jikalau kamu kŭtahui, bahwa iya itu bŭnarlah adanya, nŭschaya kamu kŭtahuilah bahwa barang siapa yang bŭrbuat kabŭnaran itu, maka iya itu tŭlah dipranakkan ulihnya.
1 YOHANES 2:27-29 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Tetapi bagi kamu, pengurapan yang kamu terima daripada-Nya itu tetap ada dalam dirimu. Kamu tidak memerlukan ajaran daripada sesiapa pun, kerana Roh-Nya telah mengajar segalanya kepadamu, dan segalanya benar, tidak ada yang dusta. Oleh itu, tetaplah kamu di dalam Dia. Sekarang pun, hai anak-anakku, kamu harus tetap di dalam-Nya, supaya apabila Dia datang kelak, kita dapat menghadap-Nya dengan berani, tanpa rasa malu. Jika kamu tahu bahawa Dia itu benar, maka kamu harus tahu bahawa orang yang melakukan apa yang benar, lahir daripada Allah.