1 YOHANES 4:7-10
1 YOHANES 4:7-10 Alkitab Berita Baik (BM)
Sahabat-sahabat yang aku kasihi, marilah kita saling mengasihi kerana kasih berasal daripada Allah. Sesiapa yang saling mengasihi, mengenal Allah dan dia anak Allah. Sesiapa yang tidak mengasihi orang lain, tidak mengenal Allah kerana Allah itu kasih. Inilah cara Allah menunjukkan kasih-Nya kepada kita: Dia mengutus Anak-Nya yang tunggal ke dalam dunia supaya melalui Anak-Nya kita beroleh hidup sejati dan kekal. Inilah kasih: Bukannya kita telah mengasihi Allah, tetapi Allah mengasihi kita dan mengutus Anak-Nya supaya melalui Dia dosa kita diampunkan.
1 YOHANES 4:7-10 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭkasih, biarlah kami mŭngasihi sa’orang akan sa’orang: kŭrna kasih itu deripada Allah; dan barang siapa yang mŭngasihi iya itulah tŭlah dipranakkan ulih Allah, dan mŭngatahui akan Allah. Dan barang siapa yang tiada mŭngasihi itu iya tiada mŭngŭnal akan Allah; kŭrna Allah itulah kasih adanya. Maka dŭngan inilah kasih Allah akan kami tŭlah nyata, sŭbab Allah tŭlah mŭnyurohkan anaknya yang tunggal itu kadalam dunia, supaya kami hidop dŭngan bŭrkatnya. Maka inilah kasih bukannya kami mŭngasihi akan Allah, mŭlainkan iya juga tŭlah mŭngasihi akan kami, dan iya tŭlah mŭnyurohkan anaknya akan mŭnjadi korban pŭrdamiean sŭbab dosa kami.
1 YOHANES 4:7-10 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Saudara-saudara yang kukasihi, marilah kita kasih-mengasihi kerana kasih itu datang daripada Allah. Sesiapa yang kasih-mengasihi lahir daripada Allah dan mereka mengenal Allah. Sesiapa yang tidak mengasihi sesama manusia tidak mengenal Allah kerana Allah itu kasih. Begitu kasihnya Allah kepada kita sehingga Dia menghantar Anak-Nya yang tunggal ke dunia supaya melalui-Nya kita mendapat hidup yang kekal. Demikianlah kasih: bukannya kita mengasihi Allah tetapi Allah mengasihi kita lalu menghantar Anak-Nya sebagai korban pendamaian bagi dosa kita.