1 PETRUS 2:1-12
1 PETRUS 2:1-12 Alkitab Berita Baik (BM)
Oleh itu, buanglah segala kejahatan daripada diri kamu. Janganlah berdusta lagi dan janganlah berpura-pura. Janganlah iri hati dan janganlah fitnah orang. Hendaklah kamu menjadi seperti bayi yang baru lahir, yang sentiasa haus akan susu rohani yang murni. Dengan meminumnya kamu akan membesar dan diselamatkan. Di dalam Alkitab tertulis, “Kamu sendiri sudah mengalami kebaikan Tuhan.” Datanglah kepada Tuhan. Dia bagaikan batu yang hidup, batu yang dibuang oleh manusia kerana dianggap tidak berguna, tetapi yang dipilih oleh Allah kerana dianggap berharga. Hendaklah kamu datang kepada-Nya sebagai batu-batu yang hidup. Biarlah kamu digunakan untuk membina rumah Allah yang rohani. Dengan demikian kamu menjadi imam yang hidup khas untuk Allah dan yang mempersembahkan korban rohani yang berkenan kepada Allah, melalui Yesus Kristus. Hal itu demikian kerana di dalam Alkitab tertulis, “Aku telah memilih suatu batu berharga, yang Aku tempatkan di Sion sebagai batu asas; dan sesiapa yang percaya kepada-Nya tidak akan dikecewakan.” Batu ini sangat berharga bagi kamu yang percaya. Tetapi bagi orang yang tidak percaya, “Batu yang dibuang oleh pembina bangunan telah menjadi batu yang paling utama.” Di dalam Alkitab juga tertulis ayat ini, “Inilah batu yang akan menyebabkan orang tersandung, batu yang akan menyebabkan mereka jatuh.” Mereka tersandung kerana mereka tidak percaya kepada firman itu. Demikianlah kehendak Allah bagi mereka. Tetapi kamu bangsa yang terpilih, imam-imam yang mengabdikan diri kepada Raja, bangsa yang suci, umat Allah sendiri. Allah memilih kamu untuk mengisytiharkan perbuatan-Nya yang luar biasa. Allah sudah memanggil kamu keluar daripada kegelapan supaya masuk ke dalam cahaya-Nya yang gemilang. Dahulu kamu bukan umat Allah, tetapi sekarang kamu umat Allah. Dahulu kamu tidak mengenal rahmat Allah, tetapi sekarang kamu sudah menerima rahmat-Nya. Sahabat-sahabatku, kamu seperti orang asing dan orang pelarian di dunia ini! Oleh itu, aku menggesa kamu supaya tidak menuruti hawa nafsu manusia, yang sentiasa berlawanan dengan jiwa. Kelakuan kamu antara orang yang tidak mengenal Allah, hendaklah begitu baik sehingga apabila mereka menuduh kamu sebagai orang jahat, mereka terpaksa mengakui perbuatan kamu yang baik, dan memuji Allah pada hari Allah datang untuk menghukum orang.
1 PETRUS 2:1-12 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
MAKA sŭbab itulah sŭblahkanlah sagala kajahatan, dan sagala tipu daya, dan sagala klakuan munafik, dan sagala kadŭngkian, dan sagala jŭnis umpat. Spŭrti kanak kanak yang bahru dipranakkan itu, rindulah akan pŭrkataan itu spŭrti ayer susu yang tiada bŭrchampor, supaya kamu bŭrtambah tambah bŭsar ulihnya itu. Jikalau kiranya kamu tŭlah mŭrasai Tuhan itu murahlah adanya, Maka kapadanyalah kamu datang spŭrti kapada sa’buah batu yang hidop, sungguhpun iya itu ditolakkan ulih manusia, tŭtapi iya itu pilehan Allah, lagi indah indah adanya. Maka kamu pun spŭrti batu batu yang hidop itu, dibangunkan sa’buah rumah rohani, dan suatu pŭrhimponan imam imam yang suchi, akan mŭmpŭrsŭmbahkan bŭbrapa korban rohani, yang ditrima Allah ulih bŭrkat Isa Almasih. Sŭbab itulah juga tŭrsŭbut dalam kitab, Sŭsungguhnya aku mŭlŭtakkan sa’buah batu diZion, iya itu kŭpala batu pŭnjuru yang tŭrpileh, lagi indah; maka orang yang pŭrchaya akan dia itu tiadalah mŭnjadi bingung. Maka sŭbab itu bagie kamu yang pŭrchaya, iya itu indah adanya; tŭtapi kapada orang yang dŭrhaka, bahwa batu yang tŭlah ditolakkan ulih tukang, iya itu tŭlah mŭnjadi kŭpala pŭnjuru. Dan sa’buah batu tŭrantok, dan karang shak, mŭskipun kapada marika itu yang tŭrantok atas pŭrkataan itu, sŭbab dŭrhaka; kŭrna kapada itulah juga marika itu tŭlah ditŭntukan. Tŭtapi kamu ini suatu katuronan yang tŭrpilih adanya, dan suatu pŭrhimponan raja imam imam, dan suatu bangsa yang suchi, dan suatu kaum yang dimiliki; supaya kamu kŭlak munyatakan sagala kamulian Tuhan yang tŭlah mŭmanggil kamu kluar deri dalam glap masok kapada trangnya yang ajaib itu: Yang pada dahulu kala bukannya suatu kaum adanya, tŭtapi skarang kamu tŭlah mŭnjadi kaum Allah: yang dahulu tiada mŭndapat kasihan, tŭtapi skarang tŭlah mŭndapat kasihan. Kŭkasih yang indah, kamu spŭrti orang orang dagang, dan orang orang pŭrjalanan, kupohonkanlah kiranya lŭpaskanlah dirimu deripada hawa nafsu dunia, yang ada bŭrprang dŭngan jiwa itu. Maka sŭbab ada klakuanmu tulos diantara orang orang sŭsat itu: maka pada masa diumpat orang akan kamu sa’olah olah kamu orang jahat, bulihlah marika itu mŭmuliakan Allah pada hari pŭrtŭmuan, tŭtkala dilihatnya sagala pŭkŭrjaanmu yang baik itu.
1 PETRUS 2:1-12 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Oleh itu, singkirkan segala niat jahat, penipuan, kepura-puraan, iri hati dan semua fitnah. Seperti bayi yang baru lahir, hendaklah kamu selalu haus akan air susu suci firman Allah, supaya kamu bertumbuh subur sehingga beroleh penyelamatan. Kamu sendiri telah mengalami kebaikan Tuhan. Datanglah kepada Dia yang seperti batu hidup, yang dibuang oleh manusia tetapi dipilih oleh Allah dan berharga di hadirat-Nya. Kamu juga umpama batu hidup, yang digunakan untuk membina rumah rohani bagi para imam yang suci, untuk mempersembahkan korban rohani yang diredai Allah melalui Yesus Kristus. Ada tersurat dalam Kitab Suci: “Lihatlah, Kuletakkan di Sion, batu asas yang terpilih, berharga, dan sesiapa yang percaya kepada-Nya tidak akan diaibkan.” Bagi kamu yang percaya, batu itu berharga, tetapi bagi mereka yang tidak percaya, “Batu yang dibuang oleh pembina telah menjadi batu penjuru,” dan, “Batu tempat orang tersandung dan batu pejal yang membuat mereka terjatuh.” Mereka tersandung kerana mereka ingkar akan firman Allah, yang telah ditetapkan bagi mereka. Tetapi kamu umat terpilih, para imam raja, bangsa suci, umat-Nya sendiri, yang dipilih untuk mengisytiharkan puji-pujian bagi Dia yang telah memanggilmu daripada kegelapan kepada cahaya-Nya yang gemilang. Dahulu kamu bukan suatu umat tetapi sekarang kamu umat Allah. Dahulu kamu tidak mendapat belas kasihan Allah tetapi sekarang kamu telah mendapat belas kasihan-Nya. Saudara-saudara yang kukasihi, aku merayu kepadamu sebagai orang asing dan pendatang di dunia, jauhilah hawa nafsu yang sentiasa menyerang jiwa. Amalkan kelakuan yang mulia, maka apabila orang di kelilingmu yang tidak mengenal Allah mengata kamu berbuat jahat, mereka tetap melihat perbuatanmu yang baik lalu memuliakan Allah pada waktu Tuhan datang kembali.