1 PETRUS 3:10-11
1 PETRUS 3:10-11 Alkitab Berita Baik (BM)
Di dalam Alkitab tertulis, “Sesiapa yang hendak menikmati hidup dan yang ingin mengalami masa yang baik, tidak boleh memfitnah orang dan tidak boleh berdusta. Dia tidak boleh melakukan kejahatan lagi, tetapi berbuat baik; dia harus berusaha dengan sungguh-sungguh untuk mendapat perdamaian.
1 PETRUS 3:10-11 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka barang siapa yang suka hidop, dan mŭndapat hari hari baik, maka biarlah ditahaninya lidahnya deripada kajahatan, dan bibirnya jangan bŭrtutor tipu daya: Maka biarlah iya mŭnjauhkan kajahatan itu, dan bŭrbuat baik; biarlah mŭnchari sŭjahtra, sŭrta mŭlakukan akan dia.
1 PETRUS 3:10-11 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kerana, “Sesiapa yang mencintai hidup dan mengalami masa yang baik hendaklah menjaga lidahnya daripada kejahatan dan bibirnya daripada kata-kata yang palsu. Hendaklah dia tinggalkan kejahatan dan lakukan kebaikan; hendaklah dia cari dan buru kedamaian.