1 PETRUS 3:15-16
1 PETRUS 3:15-16 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Tŭtapi suchikanlah Tuhan Allah dalam hatimu, dan sŭdialah slalu akan mŭmbri jawab pada sagala orang yang bŭrtanya pada kamu satu sŭbab derihal harap yang ada dalammu itu dŭngan lŭmah lŭmbut dan takot. Sŭbab adalah angan angan yang baik padamu; maka apabila diumpat ulih marika itu akan dikau spŭrti orang orang yang bŭrbuat jahat, bulihlah marika itu mŭnjadi malu sŭbab mŭnchŭlakan klakuanmu yang baik itu dalam Almasih.
1 PETRUS 3:15-16 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi dengan tulus hormatilah Kristus sebagai Tuhan dalam hidup kamu. Hendaklah kamu sentiasa bersedia memberikan jawapan kepada sesiapa sahaja yang meminta kamu menjelaskan harapan yang kamu miliki. Tetapi lakukanlah hal itu dengan lemah lembut dan hormat. Hendaklah hati nurani kamu murni, supaya apabila kamu difitnah kerana hidup dengan baik sebagai pengikut Kristus, orang yang memfitnah kamu itu akan menjadi malu.
1 PETRUS 3:15-16 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Hormatilah Kristus sebagai Tuhan dalam hatimu dan sentiasa bersedia memberikan jawapan yang meyakinkan apabila seseorang bertanyakan asas harapan dalam hatimu. Jawab dengan lembut dan hormat, serta dengan suara hati yang murni. Dengan demikian mereka yang mencela kelakuan baikmu dalam Kristus akan berasa malu.