1 SAMUEL 18:7-8
1 SAMUEL 18:7-8 Alkitab Berita Baik (BM)
Sambil menari-nari para wanita menyanyi demikian, “Raja Saul membunuh beribu-ribu orang musuh, tetapi Daud membunuh berpuluh-puluh ribu orang musuh.” Raja Saul tidak suka mendengar nyanyian itu, lalu baginda menjadi murka. Raja Saul bertitah, “Daud dianggap membunuh berpuluh-puluh ribu orang musuh, sedangkan beta hanya dianggap membunuh beribu-ribu orang musuh. Tidak lama lagi mereka akan menjadikan dia raja!”
1 SAMUEL 18:7-8 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sambil tertawa-tawa para perempuan itu menyanyi berbalas-balasan, kata mereka, “Saul menumpaskan beribu-ribu musuh, dan Daud berpuluh-puluh ribu.” Lalu teramat marahlah Saul. Hatinya tidak berkenan dengan kata-kata itu, kerana fikirnya, “Bagi Daud disebutkan mereka berpuluh-puluh ribu, tetapi bagiku disebutkan mereka beribu-ribu sahaja. Apakah lagi yang akan diperolehnya kalau bukan kerajaan ini?”