1 SAMUEL 19:9-10
1 SAMUEL 19:9-10 Alkitab Berita Baik (BM)
Pada suatu hari Raja Saul sedang duduk sambil memegang tombak di rumah. Tiba-tiba Raja Saul dirasuk lagi oleh roh jahat yang disuruh oleh TUHAN. Pada masa itu Daud berada di situ dan sedang memainkan kecapinya. Raja Saul cuba menancapkan tombak itu kepada Daud yang berada dekat dinding, tetapi Daud mengelak, sehingga tombak itu tertancap pada dinding. Daud lari untuk menyelamatkan diri.
1 SAMUEL 19:9-10 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Namun demikian, roh jahat yang diizinkan TUHAN datang lagi kepada Saul ketika dia sedang duduk di rumahnya dengan tombaknya di tangannya. Ketika Daud sedang memetik kecapi, tiba-tiba Saul berusaha menancapkan Daud ke dinding dengan tombak itu. Akan tetapi, Daud mampu mengelak sehingga tombak Saul menikam dinding sahaja. Maka larilah Daud menyelamatkan diri pada malam itu.