1 SAMUEL 23:16-17
1 SAMUEL 23:16-17 Alkitab Berita Baik (BM)
Yonatan pergi menemuinya di situ dan menyakinkan dia bahawa Allah melindungi dia. Yonatan berkata kepadanya, “Jangan takut, engkau tidak akan jatuh ke tangan bapaku. Dia tahu betul bahawa engkaulah yang akan menjadi raja Israel dan bahawa aku akan mendapat kedudukan di bawahmu.”
Kongsi
Baca 1 SAMUEL 231 SAMUEL 23:16-17 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Yonatan anak Saul bergegas pergi mendapatkan Daud di Koresa lalu dia menguatkan keyakinan Daud kepada Allah. Kata Yonatan kepadanya, “Jangan takut. Tangan Saul, ayahku, tidak akan dapat menangkap kamu. Engkau akan menjadi raja atas orang Israel dan aku akan menjadi orang kedua di bawahmu. Saul, ayahku, tahu juga tentang hal itu.”
Kongsi
Baca 1 SAMUEL 23