1 TESALONIKA 2:13
1 TESALONIKA 2:13 Alkitab Berita Baik (BM)
Kami mempunyai alasan lain yang menyebabkan kami sentiasa bersyukur kepada Allah. Ketika kami menyampaikan perkhabaran Allah kepada kamu, kamu mendengar dan menyambutnya bukan sebagai perkhabaran daripada manusia, tetapi sebagai perkhabaran daripada Allah. Memang perkhabaran itu daripada Allah! Allah bekerja dalam diri kamu yang percaya kepada Kristus.
1 TESALONIKA 2:13 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka inilah sŭbabnya kami pun mŭnguchapkan shukor kapada Allah dŭngan tiada bŭrkaputusan, sŭbab, apabila kamu tŭlah mŭnŭrima pŭrkataan Allah yang kamu mŭnŭngar deripada kami, maka kamu tŭlah mŭnŭrima akan dia bukannya spŭrti pŭrkataan manusia, mŭlainkan spŭrti yang bŭnar, iya itu pŭrkataan Allah adanya, yang mŭlakukan dŭngan tŭntu dalam kamu yang bŭriman itu.
1 TESALONIKA 2:13 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Di samping itu, kami sentiasa bersyukur kepada Allah kerana apabila kami menyampaikan perkhabaran Allah kepadamu, kamu telah mendengar dan menyambutnya bukan sebagai perutusan daripada manusia tetapi sebagai firman Allah. Memang benar perkhabaran itu daripada Allah yang bekerja dalam dirimu yang beriman.