1 TIMOTIUS 6:11-12
1 TIMOTIUS 6:11-12 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi engkau, hai orang yang melakukan kehendak Allah, jauhkanlah dirimu daripada segala perkara itu. Berusahalah supaya sentiasa melakukan kehendak Allah, hidup beribadat, sentiasa percaya kepada Kristus, mengasihi saudara seiman, tabah menghadapi penderitaan, dan bersikap lemah-lembut. Berjuanglah sungguh-sungguh untuk hidup sebagai orang Kristian yang setia, supaya engkau merebut hadiah hidup sejati dan kekal, kerana untuk hidup itulah Allah memanggil engkau apabila engkau mengaku percaya kepada Kristus di hadapan banyak orang.
1 TIMOTIUS 6:11-12 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Akan tŭtapi angkau, hie kaum Allah, jauhkanlah sagala pŭrkara itu; turotlah akan kabŭnaran, dan ibadat, dan iman, dan pŭngasihan, dan sabar, dan hati yang lŭmah lŭmbut. Bŭrpranglah akan prang yang baik deri hal iman, dan chapiekanlah akan slamat kŭkal itu, maka dalam hal yang dŭmkianlah angkau tŭlah dipileh, dan tŭlah mŭngaku akan pŭngakuan yang baik dihadapan bŭbrapa saksi.
1 TIMOTIUS 6:11-12 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Tetapi kamu, wahai hamba Allah, jauhilah segala ini. Amalkanlah perbenaran, kesalihan, iman, kasih, kesabaran dan sikap lemah lembut. Berjuanglah dalam perjuangan iman yang benar. Berpegang teguhlah kepada hidup kekal; kepada hidup itulah kamu telah dipanggil ketika kamu membuat pengakuan yang benar di hadapan saksi yang ramai.