2 TAWARIKH 1:11-12
2 TAWARIKH 1:11-12 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Firman Allah kepada Salomo, “Kerana engkau menghendaki hal itu, dan engkau tidak meminta kekayaan, harta benda, kemuliaan, nyawa orang yang membencimu, atau umur panjang, melainkan meminta kebijaksanaan serta pengetahuan supaya dapat memerintah umat-Ku yang engkau telah Kuangkat menjadi raja, maka kebijaksanaan dan pengetahuan itu dikurniakan kepadamu. Selain itu, Kukurniakan juga kepadamu kekayaan, harta benda, dan kemuliaan yang belum pernah dimiliki raja mana-mana pun sebelum engkau dan tidak akan dimiliki seorang pun sesudah engkau.”
2 TAWARIKH 1:11-12 Alkitab Berita Baik (BM)
Allah berfirman kepada Salomo, “Engkau telah membuat pilihan yang tepat. Engkau tidak meminta kekayaan, atau harta, atau kemasyhuran, atau kematian musuhmu, ataupun umur panjang untuk dirimu sendiri; sebaliknya engkau meminta kebijaksanaan dan pengetahuan supaya engkau dapat memerintah umat-Ku, dan engkau telah Kujadikan raja mereka. Aku akan mengurniakan kebijaksanaan dan pengetahuan kepadamu. Selain itu, Aku juga akan mengurniai engkau kekayaan dan harta yang lebih banyak lagi, serta menjadikan engkau lebih termasyhur daripada raja lain baik pada masa lampau mahupun pada masa hadapan.”