2 TAWARIKH 20:17-18 - Bandingkan Semua Versi
2 TAWARIKH 20:17-18 BM (Alkitab Berita Baik)
Kamu tidak perlu bertempur dalam peperangan ini. Ambillah tempat kamu lalu tunggulah. Kamu akan melihat TUHAN memberi kamu kemenangan. Janganlah takut atau ragu-ragu, hai penduduk Yehuda dan Yerusalem! Hadapilah musuh; TUHAN akan menyertai kamu!” Selepas itu Raja Yosafat bersujud dan semua rakyat pun bersujud bersama-sama baginda dan menyembah TUHAN.
2 TAWARIKH 20:17-18 AVB (Alkitab Versi Borneo)
Kamu tidak usah berperang dalam pertempuran ini. Berdirilah tegak di tempatmu dan lihatlah kemenangan daripada TUHAN yang menyertai kamu, wahai orang Yehuda dan Yerusalem. Jangan takut dan jangan kecut hati! Majulah esok dan hadapi mereka, TUHAN akan menyertai kamu.’ ” Yosafat membongkok dengan muka sampai ke tanah. Semua orang Yehuda dan penduduk Yerusalem pun bersujud di hadapan TUHAN dan menyembah TUHAN.