2 TAWARIKH 20:37 - Bandingkan Semua Versi

2 TAWARIKH 20:37 BM (Alkitab Berita Baik)

tetapi Eliezer anak Dodawa dari kota Maresa memberikan amaran kepada Raja Yosafat. Katanya, “Oleh sebab tuanku mengadakan hubungan persahabatan dengan Raja Ahazia, TUHAN akan memusnahkan apa yang telah tuanku bina.” Kemudian kapal-kapal yang telah dibina itu musnah dan tidak dapat belayar sama sekali.

2 TAWARIKH 20:37 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Tetapi Eliezer anak Dodawa dari Maresa bernubuat menentang Yosafat, katanya, “Kerana tuanku bekerjasama dengan Ahazia, maka TUHAN akan menghancurkan pekerjaan tuanku.” Kapal-kapal itu pun pecah, sehingga tidak dapat berlayar ke Tarsis.