2 KORINTUS 12:6-7
2 KORINTUS 12:6-7 Alkitab Berita Baik (BM)
Jika aku hendak berbangga, aku tidak melakukan sesuatu yang bodoh, kerana aku mengatakan yang benar. Aku tidak mahu orang memandang tinggi terhadap aku kerana penglihatan itu, tetapi hanya kerana melihat perbuatanku dan mendengar kata-kataku. Tetapi supaya aku tidak terlalu sombong kerana penglihatan-penglihatan yang luar biasa itu, aku diberikan sejenis penyakit yang sangat menyakitkan. Penyakit itu alat Iblis untuk memukul aku supaya aku tidak terlalu sombong.
2 KORINTUS 12:6-7 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna jikalau aku handak mŭmŭgahkan skalipun, maka bukannya aku bodoh, kŭrna aku handak bŭrkata dŭngan sŭbŭnarnya; tŭtapi aku mŭnahankan diriku, supaya jangan dikirakan ulih barang sa’orang juapun akan daku tŭrlebih deripada barang yang dilihatnya itu, atau barang yang didŭngarnya deri halku. Dan supaya jangan aku mŭngatas atas diriku tŭrlampau ulih kŭrna kalempahan sagala kanyataan itu, maka adalah suatu duri dijadikan dalam dagingku, iya itu suatu utus utusan Shietan akan mŭnyuchuk aku, asal jangan aku mŭngatas ataskan diriku bŭrlebih lebihan.
2 KORINTUS 12:6-7 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Walaupun jikanya aku ingin berbangga, aku bukanlah bodoh, kerana aku menyatakan yang benar. Tetapi aku tidak akan melakukannya, supaya jangan ada orang yang menilaiku lebih tinggi daripada yang dilihatnya tentangku dan yang didengarnya daripadaku. Supaya aku tidak terasa terlalu tinggi kerana begitu dilimpahi wahyu, aku telah diberi duri dalam daging, utusan Iblis, untuk menyakitiku.