2 KORINTUS 3:5-6 - Compare All Versions

2 KORINTUS 3:5-6 BM (Alkitab Berita Baik)

Kami tidak mempunyai suatu alasan pun untuk mendakwa bahawa kami sanggup melakukan kerja itu, tetapi keupayaan itu datangnya daripada Allah. Dialah yang menyebabkan kami sanggup mengabdikan diri kepada perjanjian yang baru. Perjanjian itu tidak terdiri daripada hukum yang tertulis, tetapi daripada Roh Allah. Hukum yang tertulis itu membawa kematian, tetapi Roh Allah memberikan hidup.

2 KORINTUS 3:5-6 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))

Bukannya kami ini chakap bagie diri kita sŭndiri handak mŭngirakan barang apa apa deripada kami sŭndiri, mŭlainkan chakap kita ini deri pada Allah juga adanya. Yang tŭlah mŭnjadikan kami pula utus utusan wasihat bahru, iya itu bukannya deri pada surat suratan, mŭlainkan deripada Roh, kŭrna surat suratan itu mŭmatikan, tŭtapi Roh itu mŭnghidopkan.

2 KORINTUS 3:5-6 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Kami tidak menganggap kesanggupan kami bekerja datang daripada diri kami sendiri. Kesanggupan itu datang daripada Allah. Dialah yang telah menjadikan kami sanggup mengabdi diri kepada umat perjanjian baru yang tidak lagi berasaskan hukum-hukum bertulis tetapi berasaskan Roh; kerana perintah-perintah tersurat itu membawa kematian sedangkan Roh membawa kehidupan.