2 YOHANES 1:6-9
2 YOHANES 1:6-9 Alkitab Berita Baik (BM)
Mengasihi satu sama lain bererti hidup menurut perintah Allah. Inilah perintah yang telah puan dan anak-anak puan dengar sejak permulaan: Puan dan anak-anak puan harus saling mengasihi. Banyak penipu telah pergi ke seluruh dunia. Mereka tidak mengakui Yesus Kristus datang ke dunia sebagai manusia. Orang semacam itu penipu dan Musuh Kristus. Oleh itu, berwaspadalah supaya tidak kehilangan apa yang telah kami usahakan untuk puan dan anak-anak puan. Berusahalah supaya puan dan anak-anak puan menerima pahala sepenuhnya daripada Allah. Sesiapa yang tidak berpegang kepada ajaran Kristus tetapi melampaui ajaran itu, tidak mempunyai Allah. Sesiapa yang berpegang kepada ajaran itu, mempunyai Allah Bapa dan Anak.
2 YOHANES 1:6-9 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Inilah kasih, iya itu yang kami patut mŭlakukan mŭnurot hukum hukumannya. Inilah dia hukuman itu, iya itu spŭrti yang kami tŭlah mŭnŭngar deripada pŭrmulaannya, patutlah kami mŭlakukan dia. Kŭrna banyak pŭnipu tŭlah masok kadalam dunia, yang tiada diakunya Isa Almasih sudah datang dŭngan pri manusia. Maka itulah dia pŭnipu dan lawanan Almasih adanya. Tengoklah kamu sŭndiri, supaya jangan kami hilangkan pŭrkara pŭrkara yang kami tŭlah mŭngŭrjakan itu, mŭlainkan kami mŭnŭrima fahala dŭngan sŭpŭnoh pŭnohnya. Maka barang siapa yang mungkir, dan tiada tŭtap dalam pŭngajaran Almasih itu, maka tiadalah Allah padanya; maka barang siapa yang tŭtap dalam pŭngajaran Almasih itu, adalah kapadanya kaduanya, iya itu Ayah dan Anak itu pun.
2 YOHANES 1:6-9 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Inilah kasih, iaitu mengasihi bermakna hidup mengikut perintah Allah. Inilah perintah yang kamu dengar dari mulanya: Kamu haruslah kasih-mengasihi. Ramai penipu telah menjelajah ke seluruh dunia. Mereka itu tidak mengakui bahawa Yesus Kristus telah datang ke dunia sebagai manusia. Orang sedemikian ialah penipu dan dajal, penentang Kristus. Oleh yang demikian, berhati-hatilah supaya apa yang telah kami usahakan tidak lenyap begitu sahaja, melainkan kamu mendapat ganjaranmu sepenuhnya. Sesiapa yang tidak mengikut ajaran Kristus dan melanggarnya, maka Allah tidak ada dalam dirinya. Sesiapa yang mengikut ajaran itu maka Bapa dan Anak ada dalam dirinya.