2 PETRUS 3:8-9
2 PETRUS 3:8-9 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi janganlah lupa akan satu perkara ini, hai sahabat-sahabat yang aku kasihi! Di sisi Tuhan, satu hari tidak ada bezanya dengan seribu tahun. Bagi-Nya, kedua-duanya sama sahaja. Tuhan tidak berlambat untuk melakukan apa yang sudah dijanjikan-Nya, meskipun beberapa orang berfikir demikian. Sebaliknya, Dia sabar terhadap kamu, kerana Dia tidak ingin sesiapa pun binasa. Dia mahu semua orang bertaubat daripada dosa.
2 PETRUS 3:8-9 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Tŭtapi, kŭkasih janganlah kamu bodoh dalam sa’pŭrkara ini, adapun suatu hari pada Tuhan itu spŭrti sa’ribu tahun adanya, dan sa’ribu tahun itu spŭrti suatu hari juga. Adapun Tuhan itu tiada mŭlambatkan pŭrjanjiannya, spŭrti sŭtŭngah orang mŭnyangkakan lambat; tŭtapi adalah panjang sabarnya akan kami, dan tiada dikahandakinya barang sa’orang pun binasa, mŭlainkan sŭmuanya biarlah bŭrtanbat.
2 PETRUS 3:8-9 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Tetapi, saudara-saudara yang kukasihi, jangan lupa satu perkara: Di sisi Tuhan satu hari serupa seribu tahun, dan seribu tahun serupa satu hari. Tuhan bukannya lengah menepati janji, seperti sangkaan sesetengah orang, tetapi amat bersabar dengan kita, kerana Dia tidak mahu seorang pun binasa dan Dia ingin semuanya bertaubat.