2 SAMUEL 11:2-3
2 SAMUEL 11:2-3 Alkitab Berita Baik (BM)
Pada suatu petang, setelah Raja Daud bangun daripada tidur, baginda pergi berjalan-jalan di bumbung istana yang rata. Dari situ baginda nampak seorang wanita sedang mandi, dan wanita itu sangat cantik. Kemudian Raja Daud menyuruh orang menanyakan siapa wanita itu. Raja Daud diberitahu bahawa wanita itu Batsyeba anak Eliam, isteri Uria orang Het.
Kongsi
Baca 2 SAMUEL 112 SAMUEL 11:2-3 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Pada suatu petang, Daud bangun dari tempat tidurnya lalu berjalan-jalan di atas bumbung istana raja, dan dari atap itu dia terlihat seorang perempuan yang sedang mandi. Sangat cantiknya perempuan itu. Lalu Daud menyuruh orang untuk bertanya tentang perempuan itu. Kata orang, “Bukankah itu Batsyeba anak Eliam, isteri Uria, orang Het?”
Kongsi
Baca 2 SAMUEL 11