2 TIMOTIUS 3:14-17
2 TIMOTIUS 3:14-17 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi Timotius, hendaklah engkau tetap berpegang kepada ajaran benar yang sudah diajarkan kepadamu dan yang engkau percayai dengan sepenuhnya. Engkau mengetahui siapa guru-gurumu dahulu, dan sejak kecil lagi engkau telah mengenal Alkitab. Alkitab itu boleh memberi engkau kebijaksanaan untuk mendapat penyelamatan melalui iman kepada Kristus Yesus. Semua yang tertulis di dalam Alkitab diilhami oleh Allah dan berguna untuk mengajar apa yang benar, untuk menegur dan membetulkan apa yang salah, dan untuk mengajar orang supaya hidup menurut kehendak Allah. Dengan Alkitab, orang yang mengabdikan diri kepada Allah dapat dilengkapi dengan sempurna untuk melakukan segala macam pekerjaan yang baik.
2 TIMOTIUS 3:14-17 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Tŭtapi tŭtaplah angkau dalam sagala pŭrkara yang tŭlah angkau pŭlajari, dan yang tŭlah diamanatkan padamu, kŭrna angkau tŭlah mŭngatahui deripada siapakah yang tŭlah angkau blajar itu. Bahwa deripada masa lagi kanak kanak, angkau tŭlah mŭngatahui kitab yang suchi itu, yang chakap mŭnjadikan angkau bijaksana bagie slamat kŭkal dŭngan bŭrimankan Isa Almasih. Adapun sagala kitab itu tŭlah dikurniakan dŭngan ilham Allah, dan iya itu bŭrguna bagie pŭngajaran, dan tŭmplak, dan mŭmbaiki, dan nasihat dalam kabŭnaran. Supaya kaum Allah itu mŭnjadi samporna, dan smata mata bŭrsiap kapada sagala pŭrbuatan yang baik.
2 TIMOTIUS 3:14-17 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Tetapi kamu mestilah terus berpegang kepada segala yang telah kamu pelajari dan yakini, kerana kamu tahu daripada siapa segalanya telah kamu pelajari, dan sejak kecil kamu telah mengenal Kitab Suci yang dapat memberimu kebijaksanaan untuk diselamatkan melalui iman dalam Kristus Yesus. Seluruh Kitab Suci diilhamkan oleh Allah, dan berguna untuk mengajar, menegur, membetulkan dan mendidik ke arah kebenaran. Dengan demikian, tiap-tiap orang yang mengabdikan diri kepada Allah akan dilengkapi sepenuhnya untuk melakukan segala kerja yang baik.