KISAH RASUL-RASUL 1:3
KISAH RASUL-RASUL 1:3 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka dŭngan bŭbrapa saksi yang ta’dapat dibohongkan pun, iya mŭnunjokkan dirinya hidop pada marika itu kumdian deripada sŭngsaranya, sŭbab sudah dilihat ulih marika itu akan dia ampat puloh hari lamanya, dan iya pun ada bŭrkata kata pada marika itu sagala prihal krajaan Allah.
KISAH RASUL-RASUL 1:3 Alkitab Berita Baik (BM)
Selama empat puluh hari setelah kematian-Nya, banyak kali Yesus menunjukkan diri dengan nyata sekali kepada rasul-rasul itu, sehingga tidak dapat diragukan lagi bahawa Dia benar-benar hidup. Mereka melihat Dia, dan Dia berkata-kata dengan mereka tentang Pemerintahan Allah.
KISAH RASUL-RASUL 1:3 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dia telah menampakkan diri-Nya dalam keadaan hidup kepada mereka selepas kesengsaraan-Nya dengan banyak keterangan sahih. Mereka melihat-Nya selama empat puluh hari, dan Dia bercakap tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan kerajaan Allah.