KISAH RASUL-RASUL 1:4-8
KISAH RASUL-RASUL 1:4-8 Alkitab Berita Baik (BM)
Apabila mereka berkumpul, Yesus memberikan arahan ini kepada mereka, “Janganlah tinggalkan Yerusalem, tetapi tunggulah pemberian yang sudah dijanjikan oleh Bapa-Ku, dan yang sudah Aku beritahukan kamu dahulu. Yohanes membaptis kamu dengan air, tetapi beberapa hari lagi kamu akan dibaptis dengan Roh Allah.” Apabila rasul-rasul itu berkumpul dengan Yesus, mereka bertanya kepada-Nya, “Tuhan, adakah sekarang Tuhan mahu memulihkan Pemerintahan bangsa Israel?” Yesus menjawab, “Kamu tidak perlu mengetahui masa dan waktu yang sudah ditetapkan oleh Bapa-Ku, kerana hal itu hak-Nya. Tetapi kamu akan menerima kuasa, apabila Roh Allah datang kepada kamu. Lalu kamu akan menjadi saksi-saksi-Ku di Yerusalem, di seluruh Yudea, dan Samaria, serta sampai ke hujung bumi.”
KISAH RASUL-RASUL 1:4-8 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka tŭngah iya bŭrhimpun sŭrta dŭngan marika itu, maka dipŭsannya, bahwa janganlah marika itu mŭninggalkan Jerusalem, mŭlainkan nantikanlah pŭrjanjian Ayah yang tŭlah kamu mŭnŭngar deripadaku itu. Kŭrna sungguh pun Yahya tŭlah mŭmbaptisakan dŭngan ayer, tŭtapi kamu ini akan dibaptisakan pula dŭngan Roh Alkudus kŭlak tiada brapa hari kumdian. Hata maka apabila marika itu tŭlah bŭrhimpun, bŭrtanyalah iya katanya, Tuhan, angkaukah skarang handak mŭmulangkan kŭmbali krajaan kapada orang Israil? Maka jawabnya pada marika itu, Bukannya patut kamu mŭngŭtahui sagala waktu, atau kutika yang tŭlah tŭrsi mpan ulih Ayah dŭngan kwasanya sŭndiri Tŭtapi apabila datang kŭlak Roh Alkudus itu kapadamu, bahrulah kamu mŭnŭrima kwasa, maka kamu akan mŭnjadi saksiku, baik diJerusalem, baik dalam sluroh tanah Yahuda, dan Samaria, sampie kahujong bumi.
KISAH RASUL-RASUL 1:4-8 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Pada suatu hari ketika Yesus bersama mereka, Dia berpesan supaya mereka jangan meninggalkan Yerusalem. Kata-Nya, “Haruslah kamu menantikan apa yang dijanjikan Bapa, dan yang telah kamu dengar daripada-Ku; kerana Yohanes telah membaptis orang dengan air, tetapi kamu akan dibaptiskan dengan Roh Kudus tidak berapa lama lagi.” Oleh itu, ketika mereka berhimpun, mereka pun bertanya kepada Yesus, “Ya Tuhan, pada masa inikah Tuhan mengembalikan kerajaan ini kepada bangsa Israel?” Dia berkata kepada mereka, “Tidaklah diberi bagi kamu mengetahui waktu atau saat yang sudah ditetapkan oleh Bapa dalam kekuasaan-Nya sendiri. Tetapi kamu akan menerima kuasa apabila Roh Kudus datang ke atasmu; dan kamu akan menjadi saksi-Ku di Yerusalem, di seluruh Yudea dan Samaria, bahkan sampai ke hujung bumi.”