KISAH RASUL-RASUL 15:7-9
KISAH RASUL-RASUL 15:7-9 Alkitab Berita Baik (BM)
Setelah berbincang lama sekali, akhirnya Petrus berdiri dan berkata, “Saudara-saudara tentu tahu bahawa beberapa waktu yang lalu Allah memilih saya daripada kalangan saudara untuk mengkhabarkan Berita Baik itu kepada orang bukan Yahudi, supaya mereka pun boleh mendengar dan percaya. Allah yang mengenal hati manusia sudah menunjukkan bahawa Dia berkenan kepada orang bukan Yahudi dengan mengurniakan Roh Allah kepada mereka seperti yang sudah dikurniakan-Nya kepada kita. Allah tidak membeza-bezakan orang Yahudi dengan orang bukan Yahudi. Dia mengampunkan dosa mereka kerana mereka percaya.
KISAH RASUL-RASUL 15:7-9 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka tŭtkala jadi pŭrbantahan bŭsar, maka bŭrdirilah Petros, sŭrta bŭrkata pada marika itu, Hie tuan tuan dan saudara saudara, kamu ini tŭlah mŭngŭtahui bŭtapa Allah tŭlah mŭmileh akan daku diantara kamu bŭlom brapa lamanya, supaya orang sŭsat dapat mŭnŭngar pŭrkataan Injil deri pada mulotku, sŭrta pŭrchaya akan dia. Bahwa Allah yang tŭlah mŭngŭtahui akan sagala hati, tŭlah mŭmbri saksi pada marika itu, sambil mŭngurniakan padanya Roh Alkudos spŭrti yang dikurniakannya pada kami. Tiada juga dibethakannya kami deripada marika itu, maka iya tŭlah mŭnyuchikan hati marika itu dŭngan iman.
KISAH RASUL-RASUL 15:7-9 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Setelah perkara itu banyak dibincangkan, Petrus berdiri lalu berkata, “Saudara-saudara semuanya tahu bahawa Allah telah memilihku sejak dahulukala daripada kalangan kita semua untuk menyampaikan firman-Nya tentang perkhabaran Injil kepada bangsa asing, lalu mereka percaya. Allah yang mengetahui hati manusia telah bersaksi akan mereka itu dengan memberi mereka Roh Kudus sebagaimana diberi-Nya kepada kita. Allah tidak membezakan mereka dengan kita sedikit pun. Dia menyucikan hati mereka kerana iman mereka.