KISAH RASUL-RASUL 16:27-28
KISAH RASUL-RASUL 16:27-28 Alkitab Berita Baik (BM)
Ketua penjara itu terjaga, dan apabila dia nampak pintu-pintu penjara terbuka, dia menyangka semua orang tahanan sudah lari. Oleh itu dia menghunus pedang untuk membunuh diri. Tetapi Paulus berseru dengan kuat sekali, “Jangan bunuh diri! Kami semua masih di sini!”
KISAH RASUL-RASUL 16:27-28 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka apabila pŭnunggu pŭnjara itu sŭdar deripada tidornya, sŭrta dilihatnya sagala pintu pŭnjara itu tŭrbuka, maka dihunasnya pŭdangnya handak mŭmbunoh dirinya, kŭrna pada sangkanya sagala orang yang tŭrbŭlunggu itu tŭlah larilah bŭrlŭpas dirinya. Maka bŭrsrulah Paulus dŭngan nyaring swaranya, katanya, Janganlah angkau mŭmbinasakan dirimu, kŭrna kami skalian ada disini.
KISAH RASUL-RASUL 16:27-28 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Apabila ketua penjara terjaga daripada tidur dan melihat semua pintu penjara itu terbuka, dia menghunus pedang hendak membunuh diri, kerana sangkanya semua orang yang terpenjara telah lepas lari. Akan tetapi Paulus berseru dengan lantang, “Jangan apa-apakan dirimu, kami semua ada di sini.”